Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 30, 2015

Senarai 5 Telefon Pintar LTE Dibawah RM750 Pada Suku Pertama Tahun 2015

Sepertimana yang sedia maklum jika dahulu sebarang telefon dengan kemampuan rangkaian LTE mungkin mahal harganya namun kini terdapat juga pelbagai peranti LTE pada harga mampu milik dan spesifikasi yang baik. Berikut merupakan 5 telefon terbaik dengan capaian LTE yang mempunyai harga dibawah RM 750.
Meizu M1 Note – Dengan 5 pilihan warna, dwi-SIM LTE
Meizu M1 Note
Meizu mungkin jenama yang tidak kerap kita dengar namun mereka telah mula memasuki pasaran Malaysia, dan merancang untuk membuka kedai eksklusif di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru tidak lama lagi. Salah satu peranti mereka yang berada pada kategori ini adalah Meizu M1 Note yang hadir dalam lima pilihan warna. Ia mempunyai spesifikasi pertengahan dan dijual pada harga RM699 dan sekiranya anda memerlukan kapasiti storan yang lebih besar, mereka turut menyediakan versi 32GB pada harga RM 849.
Spesifikasi Meizu M1 Note: Cip pemprosesan MediaTek MTK 6752 64-bit lapan teras, memori 2GB RAM, storan 16GB, skrin 5.5-inci, kamera utama 13-MP, kamera hadapan 5-MP, dwi-SIM LTE.

Asus Zenfone 5 LTE – Snapdragon 1.2GHz dengan jangka hayat bateri lebih lama.
Zenfone 5 4
Didalam keluarga peranti Zenfone dari Asus terdapat pelbagai variasi. Salah satunya adalah Zenfone 5 LTE yang mempunyai spesfikasi berbeza dari Zenfone 5. Ini kerana berbanding Zenfone 5 biasa, versi LTE menggunakan cip Snapdragon 1.2GHz empat-teras dan bukannya cip Intel. Malah, versi ini mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama. Antara spesifikasi lain termasuklah ia mempunyai memori 2GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8MP dengan rakaman video 1080p dan kamera hadapan 2MP. Dari segi skrin, ia mempunyai skrin bersaiz 5-inci 1280×720 piksel 294ppi. Ia dijual pada harga RM709.

 Xiaomi Redmi Note 4G – Harga dinaikkan kerana GST namun masih dibawah RM 750
Selain dari Redmi 2 yang turut tersenarai pada 5 peranti telefon pintar terbaik dibawah harga RM500, versi lain keluarga Redmi iaitu Redmi Note 4G turut mengungguli pilihan kami. Dari segi spesifikasi, ia mempunyai cip Snapdragon 400 1.6GHz empat-teras, RAM sebanyak 2GB, kapasiti storan sebesar 8GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64GB, kamera utama 13MP 1080p dan kamera hadapan 5MP. Ia mempunyai paparan 5.5-inci 720p 267 ppi dan mempunyai kapasiti bateri 3100 mAh. Meskipun harga telefon ini meningkat disebabkan GST, ia masih dibawah harga RM750 justeru menjadi pilihan kami.

Motorola Moto G LTE
Moto G FullM2160007
Motorola Moto G semasa ia diumumkan menjadi tarikan utama pembaca kerana harganya yang rendah namun dengan markah yang agak bagus. Ini adalah kerana proses pengoptimasian Android pada telefon ini yang dilakukan dengan baik dan menjamin kelancarannya. Versi Moto G LTE ini telah diumumkan pada 11 Julai tahun lepas dan masih mengekalkan cip pemprosesan yang sama dengan Moto G terdahulu.
Spesifikasi Moto G LTE: Paparan skrin 4.5-inci HD, cip pemprosesan Snapdragon 400, kamera utama 5-MP, Android 4.4 KitKat, sokongan kad MikroSD.

Sony Xperia E3
Xperia E3
Didalam keluarga peranti Sony Xperia, terdapat keluarga E, yang membawakan spesifikasi pertengahan. Sony Xperia E3 merupakan telefon pintar dengan rekaan ikonik dari Sony, dan hadir dengan sokongan 4G. Terdapat juga fungsi penjimatan bateri melalui mod STAMINA mereka dan ia dijual pada harga RM659. Terdapat variasi Sony Xperia E4 yang diumumkan baru-baru ini dilihat bagaikan pewaris kepada E3 namun ia tidak mempunyai capaian 4G LTE namun mempunyai harga yang lebih rendah serta mampu dikatakan mampu bertahan selama 2 hari.
Spesifikasi Sony Xperia E3: Cip pemprosesan Snapdragon 400, skrin 4.6-inci, kamera utama 5MP

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More