Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 2, 2015

RESEPI CARA MASAK AYAM NAMBAN

AYAM NAMBAN


Khas diterbangkan dari Jepun.....dan disumbangkan oleh cik puan bertangan hijau, tak lain tak bukan "Kak Hani"......sedappp!!!!

Bahan Utama:-
3 keping daging ayam bahagian peha
2 biji telur, dipukul sedikit dgn garfu
1 cawan tepung gandum
Minyak utk menggoreng

Bahan Untuk Sos Cuka:-
100 ml cuka epal (cider vinegar)
150 ml air
50 ml sos soba (guna kicap cair pun ok)
3 camca besar gula
Sedikit garam

Bahan Perisa:-
1 batang naga-negi, (guna 'leek' pun ok) hiris menyerong, halus2
1 - 2 biji cili padi, hiris halus
1 camca teh cincangan halia
1 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Lain:-
1 camca besar tepung jagung + 1 camca besar air
1/4 batang lobak merah, diparut halus'
Daun salad
Belahan tomato

Cara membuatnya:-
  1. Satukan bahan sos cuka dalam periuk dan masak hingga mendidih. Matikan api dan masukkan kesemua bahan2 perisa. Ketepikan.
  2. Daging ayam dipotong memanjang sederhana lebar, cuci dan toskan. Perisa dgn garam dan lada sulah, salut dgn tepung gandum. Celup dalam telur tadi dan goreng hirisan daging ayam hingga kekuningan. Angkat dan masukkan ke dalam sos cuka tadi. Gaul rata dan biar terendam 10 minit.
  3. Kemudian keluarkan isi ayam tadi dan letak dalam mangkuk hidang yg telah dialas dgn daun salad. Masukkan sos cuka tadi dalam periuk dan pekatkan menggunakan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau hingga pekat, gunakan api kecil. Tuang sos tadi atas daging ayam dan tabur parutan lobak merah dan hias dgn belahan tomato...
  4. Maaf dalam gambar, tak de daun salad dan parutan lobak merah sebab kehabisan stok di rumah.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More