Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Cara Buat SUP PASTA RINGKAS

SUP PASTA RINGKAS


Buat khas untuk Ibu tercinta....selamat berbuka bonda!!!....masa buka tu mat pun 'berbuka' juga tumpang sekaki...pasta mudah, masak ikut apa yang ada dalam pantry.....jom makan ramai2!!!!

Bahan Utama:-
300 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
1 keping dada ayam, dipotong dadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*digaul dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub pati ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah kecil, dihirs halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili padi (kalau suka)

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng 1 minit dan tuang air. Masukkan kiub ayam dan biar masak dgn api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Bila mendidih perasakan dgn garam. Masak hingga ayam masak dan kentang empuk.
  3. PENYEDIAAN PASTA:- Dalam mangkuk, isi pasta dan tuang kuah dgn isi2nya sekali. Hias dgn bahan2 hias sebelum dihidangkan. Bagi yang tidak tahan pedas, tak payah letak hirisan cili padi tadi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More