Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Cara Buat SOTO AYAM Dan Begedil

SOTO AYAM


Soto Ayam....hmm sedapkan....jadi tak de apalah nak komen, kalau rasa macam terliur, sudi2kan lah ye mencuba.....makan kenyang2 yeaaa!!!!

Bahan Untuk Kuah Soto:-
2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

Bahan Kisar Halus:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Bahan Lada Kicap:-
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis

Bahan2 Lain:-
Nasi Impit
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng

Cara membuat kuahnya:-
  1. Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
  2. Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 3 - 4 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana. Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
  3. Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing. Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.
  4. Penyedian Soto:- Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).
  5. Untuk Lada Kicap:- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.
BEGEDEL:-
Bahan-bahannya:-
5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 camca besar hirisan daun sup
1 camca besar hirisan daun bawang
1 camca teh rempah sup "ADABI"
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu

Cara membuatnya:-
  • Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek hingga lumat. Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum. Gaul hingga rata.
  • Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas. Buat hingga habis.
  • Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali. Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan. Gunakan api sederhana. Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel...Selamat mencuba untuk semuaa!!!!

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More