Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 2, 2015

Resepi Cara Buat BUBUR KACANG DURIAN

BUBUR KACANG DURIAN

Bubur kacang hijau...ada pulak durian..memang jadi kegemaran masyarakat Malaysia...tak tahan dengan "godaan" bubur kacang NOREEN...mat pun buatlah untuk minum petang....jemput makan!!!!

Bahan-Bahannya:-
2 cawan kacang hijau, cuci bersih dan toskan
4 - 6 ulas durian
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
200 ml pati santan
1500ml air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya:-
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dengan air secukupnya. Atau rebus menggunakan periuk tekanan mengikut arahan periuk masing2.
  2. Bila kacang empuk, tambah air dan masukkan air gula yg telah ditapis tadi, daun pandan dan masak hingga mendidih menggunakan api sederhana.
  3. Kemudian masukkan pati santan, durian dan garam. Masak hingga mendidih sambil terus mengacau. Rasa kuahnya, jika kurang gula boleh ditambah sedikit lagi.
  4. Angkat dah hidangkan bersama roti atau biskut kering.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More