Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 10, 2015

Panduan Cara Membeli Buah Durian Yang Terbaik

Untuk Mereka Yang Bukan Pakar Memilih


Durian??? siapa yang tak kenal. Raja Buah yang menjadi pujaan ramai di Malaysia. Antara jenis-jenis durian terdapat di Negara kita :

D101
D2
Raja Kunyit
Durian Udang Merah
Mas Pahang
D24
Durian XO
Durian Cili
Musang King
Durian Kampung 

Tapi yang paling best rasanya Durian Tembaga atau Durian Kampung yang rasanya lemak dan pahit manis.

Berbalik pada Durian tahukah anda cara-cara memilih durian yang terbaik kualiti isinya.

Untuk mengelakkan ditipu, boleh cuba 5 tips di bawah ni.


1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

 2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus. 

3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat kepada anda jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu 

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.

Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

 5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.

Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa 

7. Perhatikan bontot durian
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.

8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Inilah paling senang. Suruh aje penjual tu buka durian untuk elakkan tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.....hehehe

Selamat mencuba....

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More