Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 4, 2015

Kaca Mata Ajaib Dari AVG

AVG merupakan salah satu syarikat yang menawarkan solusi sekuriti dan juga keselamatan. Terkini, di Mobile World Congress mereka mengumumkan sebuah kaca mata pintar untuk melindungi identiti visual para pengguna pada era digital kini.
AVG SmartGlass
Melalui kaca mata ini, ia akan membuatkan kamera atau sebarang teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti ataupun mendapatkan gambaran yang terang terhadap wajah anda. Untuk menjayakannya, pihak AVG meletakkan LED dengan sokongan infrared pada kaca mata dibahagian tengah.
Lampu LED ini tidak dapat dilihat pada mata kasar pengguna, sebaliknya hanya boleh dikenal-pasti pada kamera sahaja. Namun, sejumlah kamera pada telefon pintar hari ini telah pun dilengkapi sokongan untuk mengatasinya, dan membuatkan kaedah ini tidak berguna sepenuhnya.
AVG SmartGlass
Satu lagi kaedah yang turut digunakan oleh AVG adalah menggunakan bahan yang memantulkan cahaya, sekaligus membuatkan apabila gambar dirakamkan menggunakan flash, ia akan menyembunyikan wajah pengguna daripada dikenal-pasti teknologi pengecaman wajah.
AVG mengatakan buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip dan masih tiada perancangan untuk menjualnya. AVG turut menekankan mereka masih sedang mengkaji beberapa keadah untuk mengatasi masalah privasi berkaitan identiti ini, sekaligus menjadikan data pengguna lebih terjamin lagi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More