Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 19, 2015

Inilah Bas Elektrik Sepenuhnya Pertama Di Malaysia Untuk BRT Sunway

Bus Rapid Transit (BRT) ialah konsep pengangkutan awam yang asing di Malaysia. Sistem BRT menggunakan bas sebagai pengganti kepada keretapi untuk mengangkut penumpang dengan cepat menggunakan laluan yang hanya digunakan oleh bas khas. Ianya dicipta di Curitiba Brazilpada tahun 1974 dan hanya akhir-akhir ini mendapat sambutan di negara lain kerana kosnya yang lebih murah berbanding sistem keretapi. Di Malaysia sistem BRT Sunway akan memulakan operasinya Jun hadapan. Laluan bertingkat khas sepanjang 5.4 Kilometer ini mempunyai tujuh buah stesen. Sebanyak 15 buah bas berkuasa elektrik digunakan dengan kapasiti 67 orang penumpang. Kelajuan maksimum setiap bas ialah 80 kilometer sejam dan ianya turut dilengkapi kelengkapan mesra OKU berkerusi roda.
Perkhidmatan ini mampu membawa sebanyak 2400 penumpang setiap jam dan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui penduduk sekitar Bandar Sunway danSubang Jaya. BRT Sunway juga akan turut digunakan sebagai laluan penyambung stesen Komuter Setia Jaya dan stesen LRT USJ 7 yang dijangka siap pada tahun 2016.
Penggunaan teknologi hijau di Malaysia masih lagi di dalam skala yang kecil. Dengan kadar pencemaran yang tinggi serta kos bahan api yang akan meningkat semula, usaha RapidKLmenggunakan bas mesra alam sangat dialu-alukan. Diharap penduduk sekitar BRT Sunway akan memanfaatkan perkhidmatan awam ini kerana jika sokongan tidak diberikan kepada perkhidmatan yang disediakan, kos pembinaan menelan belanja bermilliar ini akan menjadi sia-sia.
BRT-Sunway-1
BRT-Sunway-2

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More