Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 24, 2015

Hudud: Video PU Rahmat jawab Aisyah BFM

  • Rahmat Ikhsan Mohd SofyanPU Rahmat

    •  1 / 1 
      SHAH ALAM - Bekas peserta Program Mimbar Pencetus Ummah (PU), PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan tampil menjawab beberapa perkara yang disentuh penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin melalui sebuah klip video, semalam.

      Video berdurasi 5 minit 45 saat itu menunjukkan PU Rahmat menjelaskan serta membetulkan kesilapan Aisyah termasuk kenyataan wanita itu yang mengatakan bertudung hanya di negeri Kelantan.

      “Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti bagaimana?

      “Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH,” katanya melalui video yang telah siap disunting bersama dengan video Aisyah tersebut.

      Sebelum ini, Aisyah dikecam gara-gara aksinya dalam sebuah video berjudul ‘Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan’ yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu.

      Antara babak dalam lakonan itu yang memperlihatkan dia mempersendakan hudud apabila dia yang tidak berhijab tiba-tiba berubah imej (berhijab) sambil berkata ‘Eh sejak bila ini? Oh lupa pula mak...Kelantan’, merujuk kepada kewajipan wanita untuk menutup aurat selepas undang-undang hudud diluluskan di Kelantan.

      Dalam pada itu, mengenai kenyataan Aisyah yang menyebut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikatakan menuduh orang mengkritik hudud sebagai tidak beriman, PU Rahmat menyifatkan kemungkinan wanita itu hanya membaca tajuk berita tanpa melihat isi berita tersebut.

      “Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar...Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar...kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud.

      “Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman,” katanya.

      PU Rahmat turut membetulkan kembali kenyataan penyampai radio itu yang mendakwa hudud sebagai satu mimpi Pas.

      “Aisyah, itu (hudud) bukan mimpi, itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang yang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.

      “Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’.  Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’

      “Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelasnya.

      PU Rahmat turut menekankan bahawa peningkatan kes jenayah di negara ini sebagai bukti bahawa kegagalan sistem perundangan manusia yang perlu diganti dengan sistem ALLAH SWT.

      Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik.

      “Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH...hukuman ALLAH,” katanya.

      Penyebaran video Aisyah tersebut Khamis lalu mengundang kecaman hebat malah dia turut menerima pelbagai ugutan termasuk rogol dan bunuh.

      Namun, stesen radio BFM yang menerbitkan video kontroversi memohon maaf selepas video itu mendapat kecaman hebat dan menimbulkan kemarahan rakyat.

      0 comments:

      Post a Comment

      Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

      Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

      Share

      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More