Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 18, 2015

Hubungan Semakin Rapat : Kamal Adli Bawa Emma Jumpa Keluarga



Ketika ini timbul khabar angin mengatakan bahawa hubungan Emma Maembong dan juga Kamal Adli semakin rapat selepas kedua-dua pelakon ini dikatakan memilih jalan solo masing-masing.
Malah ada juga yang menjangkakan bahawa mereka kini sedang hangat bercinta namun mahu merahsiakan dulu perkara tersebut ketika ini. Semalam, melalui ruangan Syed Gebang dari Utusan Malaysia, ada sumber yang memberitahu secara lanjut tentang status hubungan mereka ketika ini.
Menurut Syed, dia telah menyiasat perkara berkenaan melalui orang yang paling rapat dengan Emma malah individu tersebut mengakui bahawa Emma memang selesa berkawan dengan Kamal. Bagaimanapun, sumber tersebut tidak mendedahkan atau mengesahkan bahawa pasangan itu bercinta.
“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta”
“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.
Jika perkara ini benar, kami yakin peminat Emma dan juga Kamal pasti akan mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Mari kita lihat dan tunggu ‘episod’ terbaru mengenai ke mana hala tuju hubungan Emma dan juga Kamal selepas ini. 

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More