Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 19, 2015

Cara Terbaru Memakai Pashmina Mudah & Cantik



Entri pada kali ini adalah cara untuk mempelbagaikan gaya pashmina anda. Pashmina adalah sejenis kain yang lembut dan agak berat. Wanita yang memperkenalkan pashmina adalah Hana Tajima. Gadis yang menetap di London dan mula memeluk agama Islam seawal usia 17 tahun.
Walaubagaimanapun, gaya pada kali ini bukanlah berasas pada gaya Hana Tajima. Gaya ini lebih sesuai digayakan dengan budaya dan cuaca di Malaysia. Gaya ini juga mudah dipadankan dengan fesyen-fesyen muslimah terkini yang berada di Malaysia.
Antara pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan gaya tudung di atas adalah maxi dress,blouse dan kemeja dari jenis kain yang tidak tebal. Ini adalah kerana, Pashmina ini adalah sejenis kain licin dan agak panas. Untuk keselesaan anda digalakkan memakai pakaian yg selesa dan cantik.
Anda boleh menggayakannya dengan baju kurung moden. Sebab gaya tudung di atas mempamerkan pernampilan yang anggun dan ayu, jadi sangat sesuai jika mahu digayakan denga baju kurung moden.
Bagi pilihan warna tudung pula , anda digalakkan untuk memilih warna tudung yang gelap tetapi pekat seperti warna hitam, biru navy dan coklat gelap.
Tona warna juga boleh memberikan peranan besar sebagai pelengkap keseluruhan penampilan anda. Anda haruslah memilih warna bersesuai dengan kulit supaya menampakkan diri anda kelihatan cantik dan menaikkan keyakinan diri anda.

Mari kita mulakan!
Perkara-perkara yang anda perlu ada adalah:
  • Tudung Pashmina
  • Jarum peniti
  • Brooch kecil

Langkah pertama:

Tudung_Tutorial_6-1Tudung_Tutorial_6-2Tudung_Tutorial_6-3
  • Gaya ini memerlukan pemakai membahagikan tudung sama rata kedua-dua belah bahagian, iaitu bahagian kiri dan kanan.
  • Pinkan di bawah dagu anda.
  • Perlu diingatkan Pashmina adalah kain yang sangat lembut, jadi sedikit sukar untuk membentukkan di bahagian dahi.
  • Model melipatkan lebar pashmina, supaya pashmina menjadi sedikit tebal dan tidak terlalu lebar dan besar.

Langkah kedua:

Tudung_Tutorial_6-4Tudung_Tutorial_6-5Tudung_Tutorial_6-6
  • Ambil bahagian kanan anda dan bukakan lipatan yang dibuat di langkah pertama tadi.
  • Bawa kan ia ke kepala sebelah kiri.
  • Pastikan tudung sebelah kiri berada di bawah dan tudung sebelah kanan (yang lebar) di luar.
  • Pin kan jarum peniti di bahagian atas kepala bagi mengelakkan tudung ini bergerak semasa melakukan aktiviti harian.

Langkah ketiga:

Tudung_Tutorial_6-7Tudung_Tutorial_6-8
  • Bawa lebihan tudung tadi ke kepala bahagian kanan dan pinkannya menggunakan jarum peniti.
  • Selaraskan bahagian bawah tudung (bahagian dada) bagi mengemaskan penampilan dan selaraskan panjang mengikut keselesaan anda.

Langkah keempat:

Tudung_Tutorial_6-9Tudung_Tutorial_6-10
  • Ambil bucu tudung bahagian kiri, dan bawakannya ke kepala bahagian kanan.
Tudung_Tutorial_6-11Tudung_Tutorial_6-12
  • Pinkan bucu tudung tadi atas kepala sebelah kiri.
  • Pinkan bucu tadi di atas kepala mengikut kesesuaian anda, di mana anda mahu pinkan tudung itu.
  • Pinkan menggunakan jarum peniti.

Langkah kelima:

Tudung_Tutorial_6-13Tudung_Tutorial_6-14
  • Kemaskan bahagian tudung di atas kepala anda.
  • Lipatkan ia dengan kemas, menjadi berlapis-lapis seperti dalam gambar.
  • Ini adalah bagi mengelakkan penampilan kita menjadi tidak kemas dan nampak serabut.
  • Pinkan lipatan yang telah dibuat tadi menggunakan jarum peniti satu persatu.

Langkah keenam:

Tudung_Tutorial_6-15Tudung_Tutorial_6-16
  • Ambil bucu bahagian tudung belah kiri yang belum disentuh tadi, dan pinkan dia di bahu belah kanan anda.
  • Pinkan menggunakan brooch yang sederhana.
Selesai!
Sekarang bolehlah anda keluar dan menggayakannya.

Bagi gadis yang menggayakan Pashmina jenis plain ini, anda digalakkan untuk menambahaksesori seperti rantai leher di luar tudung ini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More