Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 23, 2015

Cara Semakan Panggilan UKCG 2015 Program Guru KPM Online

Cara Semakan Panggilan UKCG 2015 Program Guru KPM Online. Permohonan Calon Guru Maktab Perguruan PISMP 2015 telah di buka secara online pada 17 Feb 2015 dan tarikh tutup adalah pada 9 Mac 2015 (jam 1159 malam). Bagi mereka yang belum sempat memohon,  anda ada masa sehingga tengah malam esok untuk memohon. Panduan permohonan boleh layari di IPG 2015.

Semakan Nama Calon Berjaya Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2015 Online.
Selepas permohonan ditutup pada 9 Mac 2015, Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG akan diadakan iaitu pada 30 Mac hingga 9 April 2015. Semakan dijangka boleh di buat secara online pada 23 hingga 29 Mac 2015. Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG akan diumumkan di  Laman Web KPM di www.moe.gov.my

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2015. Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 boleh layari di IPG.

15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
23 hingga 29 Mac 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
30 Mac hingga 9 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
20 April 2015 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian
27 April hingga 7 Mei 2015 - Sesi temuduga 

29 Mei hingga 21 Jun 2015 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2015 
22 Jun 2015 - Pendaftaran calon di IPG


Makluman dan perhatian penting dari KPM

1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
     Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga. 
2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
     A. SESI UJIAN BERTULIS. 
         Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
     B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL . 
         Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
         Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali 
            Pendidikan Jasmani.
         Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan 
     C. SESI UJIAN AMALI. 
         Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. 
3.  SESI TEMU DUGA 
         Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 
         Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
4.  PEMILIHAN 
         Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat  Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Semakan Panggilan UKCG 2015 Program Guru KPM Online
5.  PENDAFTARAN : 
         Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan): 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) / PISMP Bagi Lulusan UEC, SMA/SMU
pada 22 Jun 2015

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara pada 

Jun 2015
6.  Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan. 
8.  Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri. 
9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU 
         Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
         Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More