Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 19, 2015

Canggih! Hormon Oxytocin Mampu Buat Lelaki Setia

Penyelidik dari Universiti of Bonn, German mendapati terdapat satu hormon yang boleh membantu lelaki menjarakkan diri daripada wanita yang tidak dikenali mereka.


Misalnya kepada pasangan kekasih, hormon ini membuatkan teman lelaki akan kekal setia pada teman wanita mereka…sekaligus ‘menjauhkan’ diri daripada terpikat dengan wanita lain.

Hormon yang dikenali sebagai ‘Oxytocin’ itu juga mampu mengurangkan ketegangan hubungan di antara pasangan masing-masing.

Menurut Dr. Ren Hurlemann, kajian berkenaan telah dilakukan kepada 57 orang lelaki biasa dengan menyembur hormon berkenaan ke arah hidung.

“Lelaki yang berada di bawah kajian kami telah memberi tindak balas dengan tidak menghampiri wanita lain dengan lebih dekat.

“Mereka berada dalam lingkungan 10 hingga 15 sentimeter daripada perempuan itu walaupun wanita tersebut mempunyai daya tarikan yang menarik,” katanya.

My Health News Daily juga dalam kajiannya, baru-baru ini, mendapati bahawa pasangan dengan tahap ‘Oxytocin’ tinggi cenderung untuk SETIA berbanding dengan pasangan yang mempunyai tahap hormon Oxytocin yang rendah.

Perkara ini hanya berlaku kepada individu yang sudah memiliki pasangan hidup, ia tidak akan bertindak balas kepada lelaki bujang.

Malah, lebih menakjubkan apabila hormon itu juga dapat membantu hubungan anak-anak dengan ibu bapa menjadi lebih rapat.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More