Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 18, 2015

Betulkah Santan Kelapa Punca Obesiti?

Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak.  Antaranya ialah jenis makanan yang di jual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK ditunding sebagai salah satu puncanya.
Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan  SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.
Seorang pakar Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI, Kamariah Long (PhD) telah memeberikan pandangan beliau bagi memperbetulkan MITOS terhadap santan kelapa. Beliau merasakan begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan oleh Allah SWT. 
Masih terngiang-ngiang di telinga bagaimana bagaimana seorang ibu memberikan pendapatnya semasa  wawancara  berita  TV3. Beliau menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya.  Sehingga kini mitos santan kelapa masih berterusan.
Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia. Malah ketika beliau menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta, beliau juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan  kelapa  dikatakan mengandungi kolestrol  yang tinggi. Walau bagaimanapun, analisis saintifik  mendapati kolestrol dalam santan kelapa adalah  tersangat rendah  berbanding lemak dari sumber lain, terutamanya haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa.

Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak  haiwan.
Jadual 1:  Kandungan kolestrol dalam minyak

Sumber minyak Kandungan kolesterol (mg/kg)
Minyak kelapa 5-14
Minyak bunga matahari 8-44
Minyak isi rong sawit 9-40
Minyak sawit 13-19
Minyak soya 20-35
Minyak biji kapas 28-108
Minyak jagung 18-95
Minyak biji rape 28-108
Lemak haiwan 
Beef tallow 800-1400
Mentega 2200-4100
Lemak babi 3000-4000
Sumber : Penerangan.gov.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More