Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 18, 2015

AWAS! Gangguan Persepsi Pendengaran



Apabila telinga kita mendengar, bunyi masuk ke telinga dalam dan dihantar ke otak yang akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Bagaimanapun, jika seseorang itu pekak bahagian telinga yang menghantar bunyi ke otak tidak berfungsi.

Namun, seseorang yang mengalami gangguan pusat pemprosesan auditori atau CAPD otaknya tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik. Ini kerana, pusat auditori di otak mengalami gangguan untuk memproses dan menggunakan maklumat yang didengar melalui telinga itu.

Malangnya, mereka yang mengalami CAPD sering disalah anggap sebagai pekak, sebaliknya individu dengan CAPD boleh mendengar bunyi-bunyian, cuma otak mereka gagal menterjemahkan maklumat bunyi itu dan menghasilkan mesej mengelirukan.

Menurut Pakar Audiologi Kanan Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Saravanan Selanduray, hasil kajian pakar psikoakustik, Vivian Iliadou yang diterbitkan pada 2009 mendapati kira-kira 43 peratus kanak-kanak yang berdepan masalah kesukaran belajar mengalami CAPD, manakala 25 peratus lagi mengalami CAPD dan disleksia.

Peratusan berkenaan menunjukkan suatu tindakan segera perlu dilakukan untuk menambah kefahaman mengenai CAPD dan pilihan rawatan. CAPD juga dikenali sebagai gangguan persepsi auditori (pendengaran) dan gangguan auditori pusat.

“Seseorang dengan CAPD biasanya boleh mendengar bunyi dengan baik tetapi mengalami kesukaran untuk memproses maklumat yang didengari atau memahami apa maksud bunyi itu.

“Proses ini membabitkan kemungkinan keupayaan untuk mendengar dalam suasana bising, keupayaan untuk meng­gabungkan bunyi yang didengar dari telinga kiri dan telinga kanan, keupayaan untuk menyebut semula perkataan atau angka yang didengar dan keupayaan mengasingkan atau membezakan pelbagai bunyi yang sama,” katanya.

Katanya, CAPD dalam kalangan kanak-kanak boleh terjadi disebabkan kecacatan ketika lahir (kongenital) atau punca lain (acquired), tetapi bagi kebanyakan kanak-kanak CAPD tidak diketahui puncanya. Bagaimanapun, bagi segelintir kanak-kanak ia mungkin terjadi disebabkan sebahagian otak lambat matang, mengalami sindrom tertentu dan kecderaan kepala.

“Malah, orang dewasa juga boleh mengalami CAPD dan biasanya punca disebabkan gangguan neurologi seperti angin ahmar atau tumor, penuaan atau penyakit seperti sklerosis pelbagai dan truma kepala atau kecederaan lain.

“Mereka yang mengalami gangguan auditori ini akan menunjukkan beberapa gejala seperti tidak dapat memberi tumpuan dan sukar memahami perbualan dalam persekitaran bising, lemah menguasai kemahiran di bidang akademik termasuk membaca, mengeja dan masalah untuk berbahasa.

“Orang CAPD juga sukar memahami turutan bunyi lingustik yang hampir sama iaitu contohnya dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai bunyi yang hampir serupa dan kerap meminta orang lain mengulang percakapan kerana tidak dapat menangkap butiran komunikasi dua hala,” katanya.

Saravanan berkata, ujian khas akan dijalankan oleh seorang pakar audiologi untuk mendiagnosis seseorang dengan gangguan auditori ini. Biasanya mereka akan lulus ujian pendengaran asas kerana ujian berkenaan direka untuk bunyi paling rendah sehingga boleh didengari secara normal.

“Gangguan auditori boleh hadir sekali dengan masalah kehilangan pendengaran. Oleh itu, ia perlu ditangani sekumpulan profesional pelbagai disiplin termasuk pakar audiologi, pakar patologi bahasa dan pertuturan, doktor, pakar psikologi dan guru.

“Kumpulan pakar akan bekerjasama untuk menilai dan merawat pelbagai masalah berkaitan CAPD. Malah, pelbagai pendekatan disyorkan seperti rawatan perubatan sama ada pengambilan ubat atau pembedahan, menggunakan peranti bantuan pendengaran seperti sistem modulasi frekuensi (FM), latihan pendengaran dan ubah suai kelas akustik,” katanya.

Ibu bapa, guru kepada kanak-kanak dengan CAPD atau penjaga kepada CAPD dewasa boleh menggunakan beberapa strategi komunikasi untuk berhubung dengan individu CAPD.
Mereka boleh memulakan dengan menangkap perhatian individu CAPD terlebih dulu sebelum berbicara, bertutur dengan dengan perlahan sambil membunyikan perkataan dengan jelas, memfrasa maklumat sedikit demi sedikit dan ulang percakapan dengan lebih ringkas jika masih tidak difahami.

Usah bercakap panjang lebar kepada individu CAPD dan jika boleh gunakan petunjuk visual supaya mesej yang ingin disampaikan lebih difahami. Pandang mata individu CAPD dan kekalkan hubungan mata sebelum berbicara bagi melihat sama ada mereka bersedia.

sumber:metro

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More