Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 10, 2015

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Dadah Pembunuh No 1 Negara



Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mepunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaan yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakkan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan Agama Islam.

JENIS-JENIS

SYABU (Methylamphetamine) :
Nama Lain Syabu - Ice, Kristal, Kaca, Lauk Putih, Gula Putih, Nasi Lemak, Ajinomoto.
Kesan Serta-Merta - Tingkahlaku agresif, tekanan darah tinggi, berjaga tanpa tidur 2-3 hari.
Kesan Jangka Panjang - Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering & gatal-gatal, hilang daya ingatan & stroke atau mati.

GANJA (Cannabis / Marijuana) :
Nama Lain Ganja - Serunding, Gulaian, Rumput, Pot, Grass, Sayur.
Kesan Serta-Merta - Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, rasa cemas dan takut, mata merah, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi.
Kesan Jangka Panjang - Peribadi merosot, kerosakan otak, kerosakan di bahagian paru-paru.

 HEROIN :
Nama Lain Heroin - Horse, Powder, Putih Tepung, Gula Ising, White.
Kesan Serta-Merta -  Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, koma atau mati jika pengambilan berlebihan.
Kesan Jangka Panjang - Kerosakan gigi, gatal-gatal, hilang ingatan, masaalah pernafasan, tekanan perasaan.

DIAZEPAM (Depresen) :
Nama Lain Diazepam - Blues, Biru Tp 10, Permata Biru, Ella, Butang.
Kesan Serta-Merta -  Hilang selera, selalu memakan gula-gula, mengantuk.
Kesan Jangka Panjang - Mengurangkan kegiatan urat saraf / otot / jantung / pernafasan, menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri, anak mata membesar, tekanan darah meningkat & boleh membawa maut.

KODEIN :
Nama Lain Kodein - Panikol, Minyak M, Tukul, Kicap, Coke, Pepsi, Sarai, School Boy.
Kesan Serta-Merta - Hilang selera, Selalu memakan & meminum yang manis, mata merah & berair, selalu menguap, pening.
Kesan Jangka Panjang - Masaalah mental, kelakuan agresif, mengidap penyakit kecing manis, stroke & boleh membawa maut.

INHALAN :
Nama Lain Inhalan - Gam, Cecair Getah (Rubber Solution), Pencair Cat Paint Thinner), Pembuang Warna Kuku (Nail Polish Remover), Petrol.
Kesan Serta-Merta -  Kerosakan pada otak, hati & buah pinggang, mudah terluka, hilang daya ingatan, mempunyai masaalah dalam pembelajaran & daya penglihatan, kehilangan daya kawal tubuh badan, kejang, sakit & batuk teruk.
Kesan Jangka Panjang - Susut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru & saluran pernafasan & boleh membawa maut.

HUKUM DALAM ISLAM

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More