Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 9, 2015

Apa Kena Dengan Mufti Sorang Nih - Kesian USTAZ KAZIM ELIAS


Penceramah Bebas terkenal, Datuk Kazim Elias menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kononnya beliau menyebarkan riwayat palsu selepas penceramah itu tidak dibenarkan menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi.
Menurutnya, pihak berkenaan seharusnya menghubungi beliau sendiri mendapatkan penjelasan berhubung riwayat yang dianggap palsu.
"Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya.
“Apa saya kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan sebagai roti jala dan kari.
“Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan, perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing. Sebagai penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti jala dengan kari kambing,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.
Semalam, tersebar sepucuk surat dilaman sosial Facebook yang ditandatangani Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan ketidaksetujuan beliau terhadap pemilihan Ustaz Kazim sebagai panel dalam forum yang bakal dianjurkan di negeri tersebut.
Menurut Dr Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza menerusi laman Facebooknya, menyatakan ketidaksetujuannya atas alasan Ustaz Kazim terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasullullah SAW.
Bagaimanapun, dalam surat tersebut tidak menyatakan bahawa Ustaz Kazim dihalang memberi ceramah di Perlis.
“Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Raja Perlis,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan menyebarkan riwayat palsu, Ustaz Kazim berkata, perkara tersebut timbul apabila pihak terbabit mengambil sebahagian saja petikan ayat daripada buku itu.
“Saya mahu mudahkan, setiap roti dibuat dengan tepung, campur air dan garam. Roti paling senang dibuat adalah roti jala. Cuma mereka (ketika itu) tidak panggil roti jala. Saya ceramah guna bahasa kampung,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More