Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, February 13, 2015

Siapakah Nik Aziz Nik Mat?

Siapakah Nik Aziz Nik Mat?

KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair.
Dalam sejarah pilihanraya umum di negara kita, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri.  Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut.

Angkatan Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk parlimen di Kelantan.

Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Inilah yang saya katakan bahawa kemenangan mutlak Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair.
Satu hakikat yang harus diakui ialah kemenangan mutlak yang dicapai oleh Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan itu ada hubung kaitnya dengan kepimpinan dan keperibadian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang dianggap unik dan luar biasa itu.

Ada kalangan yang berpendapat bahawa sekiranya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak memimpin PAS Kelantan, Angkatan Perpaduan Ummah tidak akan mencapai kemenangan mutlak sebagaimana yang dicapai dalam pilihanraya umum tahun 1990 itu.

Pendapat ini disokong pula oleh beberapa orang wartawan dalam dan luar negeri (termasuk wartawan dari kumpulan akhbar Utusan Melayu) yang meramalkan bahawa agak sukar bagi UMNO untuk menguasai semula negeri Kelantan melalui pilihanraya selagi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memegangjawatan Menteri Besar.

Pendek kata, kepimpinan dan pengaruh peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi faktor utama dalam percaturan politik di negeri Kelantan pada masa kini.

Di dalam buku ini, saya telah mencatatkan beberapa kisah yang agak menarik mengenai latarbelakang pendidikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan latar belakang keluarganya. Bagi saya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja sebagai seorang Menteri Besar dan wakil rakyat yang luar biasa, malah beliau ialah seorang ulama dan pendakwah yang unik.

Latar belakang pendidikannya tidak sama dengan Menteri-Menteri Besar lain sebelum ini. Kalau dalam kuliah dan ceramah beliau sering menekankan soal mendaulatkan Islam maka dalam pentadbiran di negeri Kelantan juga beliau menitik beratkan soal menegakkan hukum Allah.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak bertindak dan tidak melakukan sesuatu kecuali untuk kepentingan Islam.

Beliau menemui rombongan pemimpin daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang diketuai oleh Encik Lim Kit Siang bukan dengan tujuan untuk berbincang tentang hubungan berpolitik tetapi dengan tujuan untuk menyampaikan pandangan dan ajaran Islam kepada para pemimpin bukan Islam yang berpengaruh itu.

Inilah sifat-sifat keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang tidak kelihatan pada mana-mana Menteri Besar dan Menteri kerajaan Pusat di negara ini.

Soal yang paling utama dan mencabar yang dihadapi oleh tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah soal melaksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan.

Sebagai seorang Menteri Besar yang mewakili Parti Islam (PAS) beliau menyambut baik kenyataan dan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed bahawa kerajaan Pusat tidak akan menghalang hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Hudud di peringkat negeri.
Di negara ini, soal perlaksanaan hukum Hudud belum pernah dibincangkan dengan sebegitu serius sebelum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz membangkitkannya walaupun PAS di bawah tiga orang Menteri Besar telah menjalankan pemerintahan di Kelantan selama 18 tahun sebelum dijatuhkan oleh Barisan Nasional pada tahun 1978.

Hanya apabila seorang Menteri Besar dari kalangan ulama dilantik sebagai Menteri Besar, maka barulah perlaksanaan hukum Hudud ini dibincang secara serius sekali. Hakikat inilah yang menjadikan perlaksanaan hukum Hudud menjadi satu perkara yang amat menarik ketika Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memimpin kerajaan Kelantan.

Ekoran daripada azam dan cita-cita kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah yang diterajui oleh PAS di Kelantan hendak melaksanakan hukum Hudud itu maka ramai intelek Islam termasuk pakar undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Professor Dr. Ahmad Ibrahim, telah memberi pandangan dan tafsiran tentang hukum Hudud itu.
Masyarakat Islam dan bukan Islam telah mendapat gambaran yang jelas tentang kedudukan hukum Hudud itu melalui tulisan para intelek islam yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Seorang rakan memberitahu saya bahawa satu peristiwa yang menarik telah berlaku apabilaTuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berucap di Markaz PAS Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Selangor dalam bulan Mei 1992. Beberapa orang sami Buddha dan ketua masyarakat bukan Islam hendak mengetahui soal perlaksanaan hukum Hudud dari mulut Menteri Besar Kelantan itu sendiri lalu mereka duduk di pentas untuk mengikuti ucapan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dengan penuh minat. Ini semua berlaku kerana rahmat hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Soal perlaksanaan hukum Hudud ini memberikan kepada kita banyak pengertian dan tanggapan tentang Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai ulama dan Menteri Besar.

Menteri Besar yang luar biasa

    Perlantikan seorang yang berpendidikan agama sebagai Menteri Besar pada mulanya dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Ini adalah kerana sebelum ini memang sudah ada beberapa orang Menteri Besar dipilih dari kalangan orang-orang yang memperolehi kelulusan tinggi dalam pelajaran agama.

    Bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus, ialah seorang yang berkelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, sebuah universiti yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama. Allahyarham Tan Sri Hassan juga pemah berkhidmat sebagai mufti kerajaan Johor sebelum bergiat cergas dalam UMNO.
    Menteri Besar Terengganu sekarang, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. juga seorang lepasan Universiti Al-Azhar. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru kanan di Sekolah Menengah Agama Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebelum bertanding untuk menjadi wakil rakyat kawasan parlimen Kemaman dalam pilihanraya umum 1964.

    Sewaktu PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1959, Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar, ialah seorang yang mendapat didikan agama di Tanah Suci Makkah dan beliau pernah bertugas sebagai seorang pegawai di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebelum bertanding untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Ketereh dalam pilihanraya umum tahun 1959.

    Bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri Muhammad, dan bekas Menteri Besar Perak. Allahyarham Datuk Ahmad Said, juga mendapat pendidikan agama tempatan sebelum Perang Dunia Kedua.
    Pendek kata, tokoh-tokoh yang mempunyai pengajian agama telah pun diberi amanat untuk memegang jawatan penting sebagai Menteri Besar atau Menteri kerajaan Pusat.

    Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar dalam kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah dianggap sebagai perkara biasa sahaja.

    Masyarakat umum pada mulanya menjangka bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan mengikut jejak langkah para Menteri Besar lain setelah menduduki kerusi Menteri Besar itu.  Atau dengan lain perkataan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga mungkin akan mengubah corak atau gaya hidupnya setelah dilantik menjadi ketua kerajaan negeri supaya sesuai dan selaras dengan gaya hidup menteri-menteri lain sebagaimana lazimnya dilakukan oleh orang-orang yang mendapat jawatan dan pangkat tinggi dalam zaman moden ini.

    Kalau seorang bekas mufti, atau bekas guru agama, atau juga bekas pegawai kanan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengubah corak hidup supaya menjadi ala-Barat serta selaras dan setaraf dengan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri atau Pusat, maka mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak berbuat demikian?

    Apakah keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam perkara ini?
    “Kalau beliau seorang insan biasa, sudah tentu pula jauh sekali daripada seorang malaikat, sudah pasti lambat-laun beliau akan mengikuti jejak langkah Menteri-Menteri Besar sebelumnya.” ujar seorang wartawan yang belum mengenali peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dengan lebih dekat.
    Pada peringkat awal, ada kalangan yang dapat menerima pendapat dan teori seperti yang dikatakan wartawan itu, tetapi setelah lebih setahun beliau memegang jawatan Menteri Besar, orang ramai mula menyedari bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa.

    Apa yang jelas sekarang ialah beliau tidak begitu mudah dapat dipengaruhi oleh kelaziman-kelaziman dalam gaya hidup orang-orang yang telah mendapat kedudukan dan jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti politik.
    Dan setakat ini, beliau masih dapat mempertahankan corak hidupnya sebagal seorang tok guru dan pendakwah sepenuh masa tanpa terpedaya dengan kelaziman-kelaziman corak hidup yang diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.

    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau telah dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang luar biasa juga.
    Selama 19 tahun beliau menjadi anggota parlimen dan lima tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak mempunyai rumah yang dilengkapi dengan perhiasan mewah hatta kerusi meja sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang menganggap peralatan ini harus ada pada seseorang pemimpin parti atau wakil rakyat apatah lagi menteri.

    Ketika saya dan rakan-rakan lain dari Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dijemput menikmati sarapan pagi di kediamannya di Pulau Melaka pada 30 Disember 1990, saya tidak nampak di ruang tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.

    Kami menikmati sarapan pagi dengan duduk bersila di lantai lapang yang bertikar; jauh sekali bezanya daripada keadaan duduk di kerusi empuk dengan dikelilingi perhiasan-perhiasan mewah di rumah Menteri-Menteri atau wakil-wakil rakyat yang pemah kami kunjungi.

    Walau bagaimanapun, kami berasa lebih mesra dan selesa berada di tengah-tengah kesederhanaan hidup seorang Menteri Besar dan pemimpin Islam ini.
    Sebelum kunjungan ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kenyataan akhbar yang menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haj i Nik Abdul Aziz, tidak akan berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Baharu.

    Kenyataan akhbar itu juga menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan tetap tinggal di rumahnya yang asal di belakang masjid Pulau Melaka yang dibina oleh almarhum ayahnya, Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar atau lebih terkenali dengan panggilan Haji Nik Mat Alim.

    Dengan kenyataan itu, jelaslah bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lebih mengutamakan hidup di sebuah rumah serba sederhana yang berhampiran dengan sebuah masjid daripada menikmati hidup di 'istana' yang dilengkapi dengan alat perhiasan serba mewah seperti di JKR 10 itu.

    Beliau hanya datang sekali-sekala sahaja ke JKR 10 untuk menemui tetamu dari dalam dan luar negeri. Dan kediaman rasmi Menteri Besar itu sekarang ini dijadikan tempat tetamu-tetamu kerajaan. Belum ada dalam sejarah tanahair seorang Menteri Besar enggan berpindah ke kediaman yang lebih mewah dan serta indah selain daripada Menteri Besar Kelantan sekarang.

    Dan dalam sejarah tanahair, tidak ada rumah seorang wakil rakyat yang tidak dilengkapkan dengan kerusi meja dan kemudahan mewah dan mahal selain daripada rumah bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semut Api. Sedangkan beliau sudah menjadi wakil rakyat selama 25 tahun.

    Inilah yang dikatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja sebagal Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau juga seorang wakil rakyat yang tidak ada bandingannya di tanahair kita.

    Sebagai seorang Menteri Besar yang mewakili parti Islam, beliau cuba mengamalkan kehidupan dan tugas harian mengikut ajaran Islam yang memang menjadi prinsip dan pegangannya.

    Beliau juga berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya mengikut cara Islam, tidak seperti Menteri Besar yang lain yang menghadapi tugas dan masalah mereka dengan lebih merujuk kepada sistem ciptaan penjajah atau sistem yang tidak bersangkut paut atau mungkin juga bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

    Menteri-Menteri Besar lain daripada UMNO, walaupun berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, diketahui tidak pernah berusaha ke arah mendekatkan pegawai-pegawai kerajaan kepada menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

    Dalam hal ini Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memperlihatkan kejayaan awal membentuk peribadi Islam di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Misalnya, di pejabat Menteri Besar, apabila masuk waktu Zohor, beliau mengajak kakitangan kerajaan, termasuk anggota tentera dan polis, serta para tetamu beragama Islam bersembahyang jamaah bersama-samanya.
    Selepas menunaikan fardhu Zohor, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi “kuliah senafas” kepada para kakitangan dan tetamu itu.

    Inilah cara hidup dan amalan seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama dan Tok Guru ketika memegang jawatan sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan.
    Sebelum Angkatan Perpaduan Ummah berkuasa di Kelantan, kita hanya dapat melihat papan-papan tanda yang menunjuk dan mengingatkan kita ada sekolah atau hospital kira-kira 500 meter di hadapan. Tetapi kini, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memasang pula papan-papan tanda yang menunjukkan serta memberi ingatan kepada kita bahawa kira-kira 500 meter di hadapan ada masjid.
    Tercacaknya papan-papan tanda yang menunjukkan adanya masjld itu, telah memberi kesan positif kepada seseorang Islam yang menggunakan jalan raya berkenaan.

    Mengingatkan orang Islam tentang adanya masjid adalah sama dengan mengingatkan kaum Muslimin dan Muslimat supaya menunafkan solat lima waktu, kerana masjid dan sembahyang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

    Dalam memimpin kerajaan Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyelaraskan kepimpinannya itu sebagai usaha membentuk fikiran rakyat supaya berfikir dan bertindak mengikut cara Islam.

    Sebagai contohnya, kerajaan negeri telah meletakkan papan-papan tanda di simpang-simpang jalan di dalam Bandar Kota Bharu untuk memberi panduan kepada orang ramai bagaimana cara untuk memotong kenderaan di jalanraya mengikut ajaran Islam.

    Apa yang jelas sekarang ialah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menghendaki supaya rakyat Kelantan beramal mengikut ajaran Islam daripada sekecil-kecil amalan seperti memotong kenderaan dijalan raya sehinggalah kepada perkara-perkara Besar seperti mentadbir negara dan sebagainya.

    Kalau dikaji sejarah beliau menyertai PAS, maka jelaslah bahawa tujuan utama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertal PAS adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam yang hakiki kepada ummah seluruhnya.
    Tugas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi lebih berat lagi apabila beliau dilantik untuk memimpin kerajaan Negeri Kelantan yang majoriti rakyatnya menghendaki supaya Islam dijadikan dasar dan amalan pemerintahan Negeri.
    Beliau telah menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar untuk membuat beberapa perubahan ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri contoh atau model Negeri Islam di negara Malaysia ini bahkan di seluruh dunia.

    Dengan kerjasama parti-parti komponen Angkatan Perpaduan Ummah, beliau dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan itu.
    Apa yang paling menarik sekali dalam usaha beliau membuat beberapa perubahan itu ialah sokongan yang didapati oleh beliau daripada masyarakat bukan Islam setempat.
    Terdapat pemimpin masyarakat Cina dari parti MCA di Kelantan yang sanggup menghadapi tindakan disiplin daripada parti itu kerana memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
    Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa pelabur asing takut hendak menanam modal di Kelantan kerana Menteri Besarnya memakai jubah dan serban serta menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.
    Pelabur-pelabur luar Negeri menyedari dan yakin tentang kestabilan politik yang berterusan di negeri Kelantan walaupun seorang ulama Islam yang tegas hendak melaksanakan Islam mengetuai kerajaan, dan besar kemungkinan lebih banyak lagi pemodal asing akan menanam modal di negeri itu.
    Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 Ogos 1991, Dewan telah diberitahu bahawa kira-kira 200 juta ringgit modal asing telah dilaburkan di Kelantan sejak Angkatan Perpaduan Unnnah mengambil alih pentadbiran negerl. Keyakinan pemodal asing dan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan Negeri itu adalah kerana ketokohan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang Menteri Besar yang mampu untuk menghadapi segala cabaran.
    Setakat ini, musuh-musuh politik PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah didapati gagal untuk menghalang masyarakat bukan Islam daripada menyokong kerajaan negeri Kelantan dan gagal untuk menakut-nakutkan pemodal asing melabur di negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
    Setelah kita mengkaji dan meneliti segala tindak-tanduk dan amalan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak beliau memegang jawatan selama setahun setengah, maka jelaslah bahawa ada banyak perbezaan antara beliau dengan Menteri-Menteri Besar lain yang berkelulusan agama, khususnya dari Universiti Al-Azhar.
    Berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kettka menjadi Menteri Besar, Allahyarham Tan Hassan Yunus, Johor dan sekarang Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Terengganu tidak mampu dan tidak sanggup memberi kuliah subuh dan menjalankan kerja-kerja dakwah apabila mereka menjadi Menteri Besar.
    Tidak ada seorang Menteri Besar sebelum ini yang sanggup tinggal di sebuah rumah yang tidak mempunyai alat-alat perhiasan dan kerusi meja yang indah tetapi Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz rela tinggal di rumah yang tidak mempunyai alat-alat itu selain dua buah almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.
    Malah ada antara Menteri Besar yang baru sahaja memegang jawatan tidak sabar-sabar lagi berpindah ke kediaman Menteri Besar yang serba indah dan mula membina rumah sendiri dengan harga yang mahal.
    Menteri Besar Kelantan sekarang mempunyai sikap yang amat berbeza daripada Menteri-Menteri Besar tersebut.
    Rumah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka masih sederhana. Rumah kampung daripada kayu ini terselindung di belakang masjid. Semua ini sebagai membuktikan bahawa beliau tidak terpedaya dengan darjat dan kebendaan.
    Sebelum ini belum ada seorang Menteri Besar dari kalangan lulusan tinggi agama yang dapat mengekalkan identiti sebagai seorang ulama dan pendakwah selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
    Kita telah dapat melihat beberapa orang yang sebelum menjadi Menteri Besar tidak pernah memakai pakaian barat, tetapi setelah memegang jawatan Menteri Besar, mereka kelihatan seolah-olah lebih barat daripada mereka yang mendapat didikan sekular.

    Ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan kedudukan dan jawatan yang mereka pegang. Tetapi setakat ini, Alhamdulillah, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih kekal sebagai Haji Nik Abdul Aziz yang lama, dan beliau tidak terpengaruh dengan kelaziman corak hidup Menteri-Menteri Besar yang lain.
    Para pemerhati politik tanahair mula menyedari bahawa Menteri Besar Kelantan yang bernama Haji Nik Abdul Aziz ini bukanlah sembarangan Menteri Besar, tidak serupa dengan Menteri-Menteri Besar yang berkuasa sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri lain.

    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa, dan beliau juga seorang ulama dan Tok Guru yang unik apabila dibandingkan dengan ulama-ulama dan tok guru-tok guru lain yang ada sekarang.

    Peribadinya di bentuk untuk menjadi ulama sebenar

    Faktor utama kejayaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam bidang pelajaran dan politik adalah kerana didikan daripada almarhum ayahandanya yang terkenal sebagai seorang ulama yang bersikap tegas dan keras terhadap pendidikan anak-anaknya.

    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.
    Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran 'Haji Nik Mat Pongoh' di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka.

    Gelaran 'Pongoh' itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya. Almarhum ialah seorang ulama yang mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya.
    Menerusi pondok Pulau Melaka yang diasaskannya itu, almarhum telah mendidik anak-anaknya bersama-sama dengan ratusan pelajar lain yang datang dari seluruh ceruk rantau Asia Tenggara.

    Di Pondok Pulau Melaka inilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mendapat didikan awal daripada almarhum ayahandanya bersama-sama dengan pelajar-pelajar lain.

    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat tidak dapat bertolak ansur dengan anak-anaknya tentang pelajaran dan pakaian.  Anak-anaknya diperintahkan supaya memakai kain pelikat, baju Melayu, memakai songkok atau kopiah putih. Dan anak-anaknya dilarang keras berambut panjang.

    Perintah-perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anaknya tetapi juga kepada semua muridnya di pondok itu.

    Menurut anaknya, Nik Din (adik kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz), almarhum ayahandanya telah mewajibkan anak-anaknya bangun pada jam 4.00 pagi setiap hari untuk membaca dan menghafaz Al-Quran.
    "Selepas menunatkan solat fardhu Subuh, kami diperintahkan supaya mengulangkaji dan menghafaz nahu-saraf bahasa Arab.
    "Pada sebelah petang, selepas sembahyang Asar, kami diwajibkan mempelajari ilmu tajwid dan membaca Al-Quran.
    "Dan selepas sembahyang Maghrib, kami ikuti pelajaran Hadith dan tafsir Al-Quran.

    'Kalau ada antara kami yang terlewat bangun dari waktu yang telah ditetapkan, kami akan dihukum, dan paling kurang, kami akan dijiruskan dengan air sebelum waktu Subuh," kata Nik Din.
    Nik Din selanjutnya menerangkan bahawa disiplin pada zaman abang-abang (zaman Nik Aziz) dan kakak-kakaknya adalah lebih keras dibandingkan dengan disiplin yang dikenakan terhadap adik-adiknya.
    Beliau juga menceritakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan adik-adiknya pernah dipukul kerana tidak menghafaz pelajaran sebagaimana yang diperintahkan.

    Begitulah kerasnya disiplin Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat terhadap anak-anaknya dalam soal pelajaran dan soal-soal yang ada hubungkaitnya dengan ajaran agama Islam.
    Di samping mengenakan disiplin yang ketat kepada anak-anaknya dalam soal pelajaran, Allahyarham juga menggalakkan anak-anaknya supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian.  Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat sangat berminat dalam bidang pertanian dan anak-anaknya telah dikerahkan supaya membantunya dalam bidang pertanian.

    Untuk menggalakkan anak-anaknya supaya membantunya bertani Allahyarham telah membayar upah lima puluh sen kepada tiap-tiap seorang anaknya yang berjaya menggali satu lubang untuk menanam sebatang pokok rambutan.
    Selain daripada mengajar dan berdakwah, Allahyarham menghabiskan masa lapangnya dengan menanam pokok rambutan, durlan, nenas, pisang dan tanaman-tanaman lain di sekeliling pondoknya di Pulau Melaka itu.   Allahyarham juga dikatakan pernah berkebun secara lebih serius di luar kawasan Pulau Melaka.

    Oleh kerana Allahyarham begitu berminat sekali dalam bidang pelajaran agama dan pertanian, maka antara syarat untuk memilih bakal menantunya juga diutamakan kepada mereka yang mendapat didikan agama dan sanggup menjadi petani sepenuh masa.  Oleh sebab itulah, Allahyarham Haji Nik Amat, iaitu suami kepada Nik Zainab (kakak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz) telah menjadi menantunya yang pertama.

    Allahyarham Haji Nik Amat merupakan seorang ulama dan seorang petani yang gigih telah membuka pondok dan berkebun di Batu Balai, Jerantut, Pahang.  Beliau memang berjaya dalam kedua-dua bidang ini.
    Ekoran daripada perpindahan Nik Zainab mengikuti suaminya itu maka beberapa orang adiknya yang terdiri daripada Haji Nik Abdullah, Nik Wajih dan Hajah Aishah bersama-sama suaminya turut berpindah ke Batu Balai, Jerantut.
    Kesemua anak dan menantu Allahyarham Haji Nik Mat Alim yang berada di daerah Jerantut ltu masing-masing telah memiliki kebun getah dan kebun durian.  Mereka boleh dianggap sebagai pekebun yang berjaya.
    Walaupun anak-anak dan menantu Tuan Guru Haji Nik Mat itu berhijrah ke Pahang sebagai pekebun, tetapi mereka telah dilengkapi dan dibekali dengan ilmu dan pengetahuan agama yang membolehkan juga mereka menjadi pendakwah.

    Inilah keistimewaan anak-anak dan menantu Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat yang telah memberikan didikan yang berkesan di Pondok Pulau Melaka sebelum berhijrah atau berpindah ke kawasan lain.
    Hasil daripada sikap tegas terhadap anak-anaknya itu, maka semua anaknya patuh kepada perintah Tuhan, dan tidak melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang maha suci, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam lapangan hidup yang mereka ceburi.
    Walaupun anak-anak perempuannya hanya setakat menjadi suri rumah tangga sahaja, tetapi mereka mampu untuk menjadi pendakwah atau guru agama kerana mereka telah mendapat didikan dan latihan daripada orang tua mereka, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar.

    Anak perempuannya yang sulung, Nik Zainab binti Haji Nik Mat, turut belajar bersama-sama suaminya dengan Allahyarham Tok Khurasan di Kampung Sirih, Kota Baharu dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan almarhum ayahandanya adalah antara murid-murid Tok Khurasan pada waktu itu. Encik Taib, anak Tok Khurasan, menceritakan bahawa tidak ramai murid ayahnya sedar tentang kehadiran seorang perempuan berguru kepada ayahnya pada waktu itu kerana kehadirannya secara tertutup dan rahsia.

    "Keluarga saya sendiri pada mulanya tidak menyedari adanya anak perempuan Haji Nik Mat bersama-sama suami dan adiknya (Haji Nik Abdul Aziz) mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh Allahyarham Tok Khurasan.  Ada tabir melindungi keluarga Haji Nik Mat di madrasah itu,' jelas Encik Taib lagi.
    Kisah ini sengaja dipaparkan untuk membuktikan bahawa Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim itu seorang ulama dan seorang bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya sehinggakan anak perempuan sulungnya juga ikut belajar bersama-samanya dengan Tok Khurasan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.

    Tidak ramai anak perempuan atau golongan muslimat yang turut menadah kitab untuk belajar secara sepenuh masa dalam tahun-tahun 1940an dahulu. Tetapi Tuan Guru Haji Nik Mat sudah memandang betapa pentingnya pelajaran untuk anak-anaknya walaupun anak perempuan.

    Menurut beberapa orang tua yang rapat dengan keluarga Tuan Guru Haji Nik Mat di Kedai Lalat, disiplin yang ketat dan kawalan yang keras ke atas anak-anaknya itu bukan sahaja telah memberi kesan yang positif kepada kehidupan anak-anaknya, malah telah memberi manfaat kepada anak-anak muridnya iaitu mereka yang seangkatan dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

    Seorang daripada anggota keluarganya, Haji Nik Ali bin Raja Ismail, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayah Li’ memberitahu saya bahawa hampir semua bekas muridnya telah berjaya menghadapi cabaran hidup kerana berkat daripada asuhan dan latihan yang keras daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat.

    Allahyarham Tuan Guru Haji Mat mempunyai 27 orang anak daripada empat orang isteri.  Sembilan daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih hidup seramai 18 orang.  Antara yang masih hidup itu ialah sepuluh lelaki dan lapan orang perempuan.
    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah anak yang kedua daripada isterinya yang pertama, Cik Aminah binti Majid. Anak-anaknya daripada isteri yang pertama adalah seperti yang berikut:
     
    1. Nik Zainab - ikut suami, Allahyarham Haji NikAmat, membuka tanah berkebun dan membuka sekolah pondok di Batu Balat, Jerantut, Pahang.
    2. NikAbdulAziz
    3. Nik Khadijah
    4. Nik Azizah - suri rumah, sekarang menetap di Ayer Lanas.
    5. Nik Rozi, lulusan Universitt Al-Azhar, bekas pensyarah di Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Sekarang sebagai Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki).
    6. Nik Hassan - meninggal dunia ketika berusia 18 tahun.
    7. Nik Abdul Rahman - meninggal dunia ketika berumur 7-8 tahun.
    8. Nik Anuar - meninggal dunia ketika masih menyusu.
    Daripada isteri yang kedua, Hajjah Kalthum binti Awang, Allahyarham mendapat seorang anak lelaki yang bernama Nik Hussin, bekas tentera berpangkat Pegawai Waran bahagian perubatan di Kem Terendak, Melaka.
    Daripada isteri yang ketiga. Tengku Mariam, Allahyarham mendapat tujuh orang anak:
     
    1. Haji Nik Abdullah - pekebun di Batu Balai, Jerantut.
    2. Nik Wajih - membuka tanah kebun di Batu Balai, Jerantut.
    3. Hajah Nik Aishah - ikut suami membuka tanah dan berkebun di Batu Balai, Jerantut.
    4. Nik Nordin (Nik Din) - lulus SPM dan 4 Thanawi, bertugas di Syarikat Telekom Malaysia.
    5. Hajjah Nik Aminah - Lulus 4 Thanawi.
    6. Nik Muhammad Nasim - bertugas di Pejabat Pemegang Harta di Kota Baharu.
    Dan anak-anak daripada isteri yang keempat, Raja Tijah binti Raja Mamat:
     
    1. Nik Zubaidah - suri rumah.
    2. Nik Mariam - suri rumah.
    3. Nik Daud - seorang peniaga di Kuantan, Pahang.
    4. Nik Rosnah - suri rumah.
    5. Nik Muhammad Ajun - masih belajar di Universiti Al-Azhar
    Kalau diperhatikan daripada kelulusan anak-anaknya dan pekerjaan yang diceburi oleh mereka jelaslah bahawa hasratnya untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan pertanian telah dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kaya.

    Faktor utama kejayaan anak-anaknya itu adalah kerana mereka patuh dan tunduk kepada garis-garis panduan yang diberi oleh ayahanda mereka.
    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri mengakui bahawa kejayaannya sekarang ini adalah kerana berkat daripada asuhan dan didikan almarhum ayahandanya.
    "Lebih daripada separuh kejayaan saya di bidang pendidikan dan politik harus diberi kepada almarhum ayahanda saya hasil daripada didikannya yang begitu terasa kekesanannya," ujar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
    Disiplin yang ketat yang dikenakan ke atasnya telah menjadikan beliau sebagai seorang anak yang paling taat  kepada kedua ibu-bapanya, dan sekaligus menjadikan beliau seorang hamba Allah yang patuh kepada ajaran agama Islam yang maha suci.

    Satu hakikat yang harus diakui ialah sifat wara’ dan merendah diri yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekarang adalah kesan daripada ajaran, didikan dan disiplin yang dikenakan ke atasnya oleh almarhum ayahandanya ketika masih dalam alam kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa.
    Dalam erti kata lain, almarhum ayahandanyalah yang telah membentuk peribadinya untuk menjadi seorang abid yang berdisiplin, patuh kepada perintah Allah dan beristiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di negara ini. 

    Keturunan Raja Jembal

    AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16.
    Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu.
    Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Nik Ahmad Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.

    Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.
    Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadung, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu ltu.
    Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.

    Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian.
    Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.
    Tetapi saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya.

    Cikgu Tuan Mat bin Raja Kecil, seorarig guru bersara yang arif tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang mereka dari buluh betung dan buih.
    "Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kemian itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu Tuan Mat.

    Walau bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa ada wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung.
    Menurut Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.

    Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong.
    Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.
    Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.
    Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.

    Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725.
    Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan kekandanya, Raja Pah.
    Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal.

    Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal lni kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.
    Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal.

    Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an.  Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
    Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.

    Saya telah diberitahu bahawa kerabat keturunan Raja Jembal yang sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.
    Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan.

    Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu.
    Cikgu Tuan Mat memberitahu saya, Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan.

    Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.
    Saya juga diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu.  Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu.
    Cerita ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar.

    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini.  Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah.

    Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau.
    “Kadang-kadang datuk saya meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannyalah tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.  

    Oleh kerana Allahyarham Raja Banjar tidak mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya, maka seorang anaknya, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, telah mengambil daya usahanya sendiri untuk mendapatkan pelajaran agama daripada ulama-ulama tempatan pada waktu ltu.
    Dengan usahanya sendiri, Allahyarham mulai belajar di Pondok Haji Omar Mentuan, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Pondok Tok Kenali yang paling terkenal pada waktu itu.
    Di Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah mempelajari semua bidang ilmu agama untuk melayakkan diri menjadi seorang guru agama yang berkebolehan dan berpengetahuan.

    Selepas mendapat didikan daripada almarhum Tok Kenali, Allahyarham Haji Nik Mat telah diiktiraf dan diakui sebagai seorang ulama dan tok guru oleh masyarakat tempatan pada waktu itu.
    Sekembalinya dari Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikap anti khurafat dan memusuhi semua bentuk maksiat yang wujud di sekitar kampung halamannya.

    Menurut Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, setelah Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mendapat didikan agama di Pondok Haji Omar Mentuan dan Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tentang ajaran agama Islam.
    "Allahyarham secara nekad dan berani menyembelih beberapa ekor 'ayam pelaga' kesayangan ayahandanya sendiri yang disimpan dalam satu sangkar yang istimewa.

    'Ayahandanya yang bengis itu tidak berkata apa-apa apabila diberitahu bahawa orang yang menyembelih ayam pelaga kesayangannya itu ialah anaknya sendiri yang bernama Nik Mat," kata Cikgu Tuan Mat.
    Peristiwa tindakan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat menyembelih 'ayam-ayam pelaga' kesayangan ayahandanya itu telah menggemparkan masyarakat setempat kerana sebelum itu tidak ada seorang insan pun yang sanggup dan berani menentang ayahandanya itu.

    Ekoran daripada peristiwa itulah, orang ramai mulai kenal siapa dia Haji Nik Mat bin Raja Banjar itu.  Dan masyarakat setempat mulai menyedari bahawa anak Raja Banjar ini akan menentang sesiapa sahaja yang mengingkari ajaran Tuhan Yang Maha Esa.


    Masyarakat setempat mulai kenal bahawa sikap 'gedebe' (handalan) Raja Banjar dipusakai oleh Haji Nik Mat.
    Orang Kelantan juga mengatakan darah 'gedebe' ini dipusakai pula oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, yang ditunjukkannya melalui ketegasannya dalam sebarang tindakan dan sanggup berhadapan dengan segala kemungkinan.
    Sebagai seorang ulama muda yang mempunyai hemah dan cita-cita yang tinggi, Allahyarham Haji Nik Mat sudah pasti tidak akan berasa cukup dengan ilmu yang ada padanya pada waktu ltu.  Allahyarham terus menyambung pelajarannya dengan beberapa ulama yang terkenal di Kelantan pada zaman itu.

    Dua orang ulama yang terkenal di Kelantan pada waktu itu ialah Allahyarham Tok Khurasan dan Mufti Kerajaan Kelantan, Allahyarham Haji Wan Musa, ayah kepada Allahyarham Nik Muhammad Mahyuddin Musa.
    Kedua-dua ulama yang menjadi guru kepada Allahyarham Haji Nik Mat dianggap pakar dalam segala ilmu, khususnya tafsir, Hadith dan ilmu mantiq.
    Allahyarham Maulana Tok Khurasan berasal dari Bhafar, India (sekarang dalam Pakistan) dan Allahyarham telah menamatkan pengajiannya di Universiti Darul Ulum, Deoband.  Ada pendapat yang mengatakan bahawa Allahyarham Tok Khurasan pernah menjadi mahaguru di Darul Ulum, Deoband.
    Sementara Allahyarham Haji Wan Musa pula, selain daripada memegang jawatan sebagal Mufti Kerajaan Kelantan, beliau terkenal sebagai seorang ulama yang progresif dan fikirannya lebih terbuka daripada ulama-ulama lain pada zaman itu.

    Di samping berguru kepada Maulana Tok Khurasan dan Mufti Haji Wan Musa, Allahyarham Haji Nik Mat juga mempelajari ilmu tassawuf daripada seorang ulama Sudan yang menjadi tetamu khas kepada Allahyarham Haji Wan Musa.
    Ulama Sudan yang dikenali dengan panggilan 'Sheikh Azhari' itu bukan sahaja menjadi tetamu kepada Haji Wan Musa, malah beliau juga menjadi guru kepada Haji Wan Musa dan ulama-ulama lain yang sealiran dengannya.
    Saya telah diberitahu bahawa ulama dari Sudan inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan tassawuf secara lebih mendalam ke negeri Kelantan.  Sebelum itu, tok-tok guru di Kelantan tidak begitu berminat untuk mempelajari ilmu tassawuf secara Yang lebih khusus dan mendalam lagi.

    Tuan Guru Haji Nik Mat dikatakan lebih tegas lagi menentang segala bentuk khurafat dan amalan bid'ah dalam masyarakat Islam setempat setelah mendekati ulama muffassirin dan muhaddithin itu.  Allahyarham secara terbuka menentang amalan menunggu kubur, mengadakan kenduri pada hari-hari tertentu setelah kematian seseorang muslim, membayar fidyah dan amalan-amalan lain yang dianggap bid'ah.

    Selain daripada itu, Allahyarham bukan sahaja mengharamkan anak-anaknya daripada menghisap rokok, malah Allahyarham tidak menerima sebarang bentuk derma hasil daripada jualan rokok dan hasil daripada jualan daun tembakau.

    Ini adalah kerana mengikut pendapat Tuan Guru Haji Nik Mat menghisap rokok itu hukumnya haram dan semua perkara yang ada hubungan dengan rokok seperti daun tembakau dan hasil jualan rokok juga dianggap haram.
    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat akan mematuhi apa sahaja ajaran dan pendapat guru-gurunya yang lebih arif daripada guru-gurunya yang terdahulu.
    Menurut anaknya, Nik Din, Allahyarham pernah menerima hadiah dan pemberian daripada masyarakat setempat kerana penglibatannya dalam amalan-amalan yang dianggapnya bid'ah itu, tetapi setelah Allahyarham berguru dengan Maulana Tok Khurasan, Haji Wan Musa dan Tok Guru Haji Abas maka semua hadiah dan pemberian yang diterima itu dibuang dan ditanam dalam satu tempat khas dalam kawasan kediamannya.

    "Tetapi selepas dua tiga tahun kemudian, Allahyarham menemui semula barang-barang hadiah itu dalam kawasan rumahnya, dan Allahyarham terus memusnah dan menghancurkan barang-barang hadiah itu dengan cangkul di tangannya.  Allahyarham bertindak seolah-olah menghukum hadiah yang diterima hasil daripada penglibatannya dalam amalan-amalan bid'ah sebelum itu.

    "Begitulah keras sikapnya terhadap perkara-perkara yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki," ujar Nik Din lagi.
    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, sebagai seorang ulama yang cintakan kepada ilmu pengetahuan, tidak berasa kekok atau segan untuk belajar dengan mana-mana ulama yang dianggap lebih alim dan lebih arif daripadanya.
    Tidak pernah saya dengar seorang ulama yang sanggup belajar bersama-sama dengan menantunya dalam masa dan tempat yang sama selain daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar dan Tuan Guru Haji Yaakub Lorong Gajah Mati.

    Anak lelaki Allahyarham Tok Khurasan, Encik Taib, mengesahkan kepada saya bahawa tuan Guru Haji Nik Mat Alim bersama-sama dengan anaknya, Haji Nik Abdul Aziz, anak perempuan sulungnya, Nik Zainab, dan menantunya, Haji Nik Amat, belajar dengan ayahnya dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
    'Saya masih ingat lagi, dua orang ulama yang terkenal di Kelantan, iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad, yang lebih terkenal dengan panggilan Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, dan Allahyarham Haji Nik Mat Alim, bersama-sama dengan anak-anaknya telah belajar dengan ayah saya di Kampung Sirih,' kata Encik Taib Tok Khurasan.

    Allahyarham Tuan Guru Haji Yaakub Lorong Gajah Mati membawa bersama-samanya anak-anaknya iaitu Allahyarham Haji Hassan Yaakub dan Datuk Ustaz Yusuf Zaki Yaakub. Allahyarham Tuan Haji Hassan Yaakub ialah pemilik Pustaka Aman Press, sebuah syarikat penerbitan dan percetakan yang terkenal.  Datuk Ustaz Yusuf Zaki Yaakub pula ialah pemilik Pustaka Dian yang nama barunya sekarang ialah Dian Darulnalm Sdn.  Bhd., yang juga syarikat penerbitan dan percetakan.

    Menurut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, ayahnya pernah menyatakan hasratnya kepada Maulana Tok Khurasan untuk melanjutkan pelajaran ke Deoband, India.
    Allahyarham ayahandanya menyatakan bersedia untuk menjual sebidang tanah kebun getah di Rantau Panjang bagi mendapatkan biaya belajar di India.
    Allahyarham Tok Khurasan tidak merestui hasrat Tuan Guru Haji Nik Mat itu dengan alasan bahawa tidak wajar seseorang itu menjual harta benda, kebun atau kampung halaman semata-mata dengan tujuan untuk mendapatkan pelajaran di Deoband, India.

    Alasan yang diberi oleh Tok Khurasan itu mungkin kerana beliau tidak mahu melihat Haji Nik Mat menjadi miskin dan papa kedana setelah kembali dari Deoband sedangkan Haji Nik Mat pada ketika itu telah pun diktiraf sebagai ulama yang serba boleh.

    Begitulah kuatnya azam dan cita-cita Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat dalam bidang pengajian agama Islam, sehinggakan ketika beliau sudah masuk ke alam tua dan sudah pun beranak cucu masih lagi bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
    Suatu sifat Haji Nik Mat sejak umur mudanya ialah perangai berjimat cermat.  Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberitahu, "Ayah saya pernah membelah sebatang mancis supaya menjadi dua batang untuk menjimatkan perbelanjaan semasa beliau belajar di pondok.'

    Apa yang paling menarik sekali dalam mengkaji dan meneliti riwayat Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat dalam soal pelajarannya adalah tentang kecenderungannya kepada ilmu tafsir Al-Quran, ilmu Hadith dan ilmu mantiq.
    Kecenderungan beliau ini adalah berbeza dengan kecenderungan ulama-ulama tempatan yang lain ketika itu yang lebih banyak bertumpu kepada ilmu fikah dan tauhid.

    Tidak ramai ulama yang mengajar tafsir Al-Quran, ilmu Hadith dan mantiq sebelum munculnya Tuan Guru Haji Abas, Tok Khurasan dan keluarga Mufti Haji Wan Musa di negeri Kelantan.
    Ulama-ulama yang mengutamakan ilmu Hadith dan tafsir Al-Quran ini dianggap sebagai ‘kaum muda’ yang tidak disenangi oleh golongan tua atau ulama ilmu fikah.

    Tetapi dari segi kesedaran politik dan kemasyarakatan, golongan kaum muda lebih arif dan lebih matang daripada golongan kaum tua.
    Oleh sebab itu, gerakan Islam di mana-mana sahaja telah dipelopori oleh golongan yang mendokong Al-Quran dan Hadith, sementara golongan tua hanya menjadi pak turut sahaja dalam mana-mana gerakan Islam itu.
    Berdasarkan kepada hakikat itulah, saya katakan bahawa Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi daripada ulama-ulama tempatan yang sezaman dengannya.
    Kalau Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat tidak mempunyai kesedaran politik mengapa anaknya, Haji Nik Abdul Aziz, tidak dihantar ke pondok Bunut Payung atau ke Pondok Tok Guru Haji Ghani Pasir Mas?
    Mengapa Haji Nik Abdul Aziz dihantar ke pondok-pondok dan madrasah-madrasah yang dikuasai oleh golongan yang mendapat didikan di Deoband, India?

    Dan mengapa Tok Khurasan, Haji Wan Musa, Tok Guru Haji Abas dan Maulana Abdullah atau Ustaz Lah, menjadi pilihan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat?
    Ini jelas membuktikan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mempunyai pandangan yang jauh dalam meletakkan asas bagi pelajaran anak-anaknya, khususnya Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.  Mungkin kalau tidak kerana asas pelajaran yang dibentuk oleh almarhum ayahandanya, kita  tidak dapat melihat Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan sekarang.

    Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang kita lihat sekarang bukan sahaja layak untuk memegang jawatan Menteri Besar bahkan beliau mampu untuk menjadi seorang guru atau pensyarah di madrasah, di ma'ahad dan di universiti.
    Bukan sekadar itu sahaja, beliau sanggup menjadi petani atau pekebun sekiranya tenaganya dikehendaki.
    Ini semuanya kerana kebijaksanaan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat meletakkan asas pelajaran anak-anaknya, khususnya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

    Selain daripada itu, Tuan Guru Haji Nik Mat juga boleh diperhitungkan sebagai seorang ulama dan pendakwah yang telah berjaya memujuk dan mengajak golongan samseng dan 'kaki pukul' supaya kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah dengan mematuhi ajaran Islam.
    Kampung Kedai Lalat dan sekitarnya dahulu terkenal sebagai sarang golongan samseng dan 'kaki pukul' tetapi setelah Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat membuka pondok dan mengajar di masjid Pulau Melaka, jumlah mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah di kawasan itu jauh berkurangan.
    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bukan sahaja dihormati oleh golongan yang mendapat didikan agama malah Allahyarham dihormati dan dikagumi oleh semua lapisan masyarakat.

    Sebagai seorang ulama yang sering mengambil perhatian berat terhadap kedudukan umat Islam dalam segala bidang, Allahyarham merasa sedih dan pilu dengan berita kekejaman komunis terhadap umat Islam di Kemboja.
    Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat berasa begitu dukacita sekali apabila mendengar berita daripada orang-orang pelarian Kemboja yang mengatakan bahawa tentera-tentera komunis menikam kanak-kanak Islam dengan benet dan mencampakkan kanak-kanak itu ke dalam kawah dan kuah yang panas di hadapan ibu bapa mereka.

    Allahyarham dikatakan tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila mendengar berita kekejaman terhadap umat Islam itu.
    Menurut anak Allahyarham, Nik Din, ayahnya itu sangat serius apabila memikirkan keadaan yang berlaku di Kemboja ltu.
    Allahyarham menghendaki supaya masyarakat antarabangsa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat Islam Kemboja daripada kekejaman tentera komunis yang tidak berperi kemanusiaan itu.
    Allahyarham sendiri telah membeli dua buah kereta sederhana untuk mengangkut pelarian-pelarian Kemboja itu dari sempadan Siam ke Kelantan apabila keadaan mengizinkan.
    "Allahyarham juga meminta abang saya,Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menjadi Ahli Parlimen kawasan Pengkalan Chepa ketika itu, supaya bercakap di parlimen tentang kekejaman komunis di Kemboja pada awal tahun 1977 lagi," ujar Nik Din.

    Ekoran daripada berita kekejaman komunis itu, kesihatannya terganggu dan penyakit kencing manis yang dihidapinya juga sudah tidak dapat diatasi lagi walaupun berbagai-bagai ikhtiar dijalankan. Pada 11 Mac 1977 Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 72 tahun.

    Ada dua pendapat yang bertentangan tentang tarikh kelahiran Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar ini.  Encik Nik Din mengatakan ayahandanya lahir pada tahun 1890 tetapi seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Mat lahir pada tahun 1905. Pendapat Cikgu Tuan Mat itu berdasarkan kepada umur ayahnya sendiri, almarhum Haji Tuan Kechik, yang lahir pada 1910.  Menurut Cikgu Tuan Mat, almarhum ayahandanya lebih muda lima tahun daripada almarhum Tuan Guru Haji Nik Mat.  Beliau yakin bahawa ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lahir pada tahun 1905 dan tidak pada tahun 1890 sebagaimana yang dicatatkan oleh Nik Din.

    0 comments:

    Post a Comment

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

    Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More