Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, February 4, 2015

RESEPI MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG

LEMAK LABU KACANG PANJANG

Ringkas, mudah dan cepat....makan dgn nasi hangat, kalau ada ikan masin dan sambal belacan, lagi meletop!!!....

Bahan-bahannya:-
1/2 biji labu sederhana besar, kupas bersih dan potong kiub sederhana besar
10 tangkai kacang panjang, dipatah2 lebih kurang 2 inci
1 biji bawang besar, dihirs halus
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dirabak2
1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair dari 1 biji kelapa
1 camca besar "hey bee" (udang kering), direndam sekejap dan tumbuk kasar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
1- Dalam periuk, satukan labu, santan cair, bawang besar hiris, bawang putih ketuk, serai, udang kering dan serbuk kunyit. Masak atas api sederhana hingga mendidih.

2- Kemudian masukkan kacang panjang dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Biar mendidih pada api sederhana, masukkan daun kunyit sambil dikacau perlahan. Bila labu agak lembut, boleh matikan api dan sedia utk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More