Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 16, 2015

RESEPI MASAK GULAI NENAS DAN IKAN

GULAI NENAS DAN IKAN

Harum bau nenas dan aroma daun kunyit memang menyelerakan.......hmmmm...tambah nasi lagi?

Bahan-bahannya:-
1 biji nenas masak ranum
4 ekor ikan kembong rebus, dibersihkan
2 helai daun kunyit, dirabak2
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan dikisar halus:-
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
4 biji cili merah

Cara membuatnya:-
  1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan potong tebal2 (chunky). Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Kemudian tuang 3 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan2 kisar dan nenas. Masak atas api sederhana, tuang santan no.2 dan kacau hingga mesra. Bila mendidih, masukkan ikan kembong rebus dan juga asam gelugor. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  3. Tuang santan no.1 dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Biar mendidih dgn api perlahan untuk 3- 4 minit. Angkat dan boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More