Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, February 24, 2015

RESEPI LAKSA TOM YAM


Laksa Tom Yam.....sedap dan memang mengasyikkan...jemput makan semua!!

Bahan Utama:-
500 g ayam, dipotong kecil, cuci bersih dan toskan
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
7 - 8 ekor sotong sederhana besar, dipotong bulat
2/3 botol "LIFE" tom yam paste
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua
200 ml pati santan
1 liter air (atau lebih mengikut keperluan)
1 bungkus mee laksa, direndam dan celur hingga lembut, toskan
Sos ikan secukupnya

Bahan Dikisar halus:-
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 camca teh lada hitam biji

Bahan Sampingan:-
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Telur rebus, dibelah dua
Timun, dihiris halus
Daun selasih, hiris halus
Hirisan cili padi
Limau kasturi, dibelah dua
Taugeh, dicelur
Bawang besar, dihiris halus

Cara membuatnya:-

  1. Untuk kuah:- Panaskan 1/2 cawan minyak, masukkan serai titik dan juga bahan2 dikisar. Kacau goreng hingga wangi. Masukkan "LIFE" tom yam paste dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata dgn rempah2. Biar 5 minit hingga ayam kecut.
  2. Masukkan air dan biar mendidih pada api sederhana. Kemudian masukkan daun kesom dan daun limau purut diikuti sotong dan udang. Tuang pati santan dan masak hingga mendidih. Masukkan sos ikan (anggaran 3 - 4 camca besar) atau hingga sesuai rasanya. Biar mendidih pada api perlahan untuk 1 - 2 minit. Boleh matikan api dan angkat.
  3. Penyedian laksa:- Dalam mangkuk, bubuh mee laksa, timun hiris, bawang hiris dan taugeh celur. Tuang kuah (bersama2 isinya) hingga hampir memenuhi mee laksa tadi. Hias dgn hirisan tauhu, telur rebus, hirisan daun selasih dan cili padi serta belahan limau kasturi...Boleh lah santap lepas tu.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More