Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, February 5, 2015

RESEPI KUIH APAM INTI KELAPA

APAM INTI KELAPA


Apam yang comel dan gebu dengan inti kelapa yang lemak2 manis. Resipi dari kak lily dari MyResipi.com....menghasilkan lebih kurang 40 biji apam (bergantung pada saiz acuan).

Bahan untuk apam:-
3 biji telur, dari peti sejuk
275 g tepung gandum*
3 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
220 g gula halus (kastor)
1 camca teh ovallete
1 camca teh esen vanilla

Bahan untuk inti:-
2 cawan kelapa parut putih
1/2 ketul gula melaka
3 - 4 camca besar gula pasir (bergantung pada tahap kemanisan masing2)
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh tepung jagung + 1 camca besar air

Cara membuatnya:-
1- Untuk inti:- Masak gula melaka dan gula pasir dgn sedikit air (1/4 cawan) hingga gula larut, angkat dan tapis. Kemudian masukkan kesmua bahan untuk inti dan masak dalam kuali dgn api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau basah. Sejukkan dan boleh digentel sebesar duit 10 sen (kurang lebih 40 biji).

2- Untuk adunan apam:- Satukan ke semua bahan untuk apam dalam mixer dan putar perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra. Kemudian laju kan ke tahap maksimun dan putar 8 minit hingga adunan menjadi pekat. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna ikut suka (1 bahagian dibiarkan pada warna asal).

3- Apam inti kelapa:- Panaskan kukusan dan siapkan acuan yang telah dialas dgn paper cup. Sudukan 1/2 camca teh adunan kosong dan bubuh sebiji inti dan tutup dgn 1/2 camca teh adunan yang bewarna dan 1/2 camca teh adunan bewarna yang lagi satu. Buat hingga siap dan kukus atas air mendidih, 10 minit. Sejukkan sebelum dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More