Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, February 13, 2015

PEMBONGKARAN FAKTA KACANG SOYA!

PEMBONGKARAN FAKTA KACANG SOYA!

PEMBONGKARAN FAKTA KACANG SOYA!

PEMBONGKARAN FAKTA KACANG SOYA!-Sebagai manusia yang inginkan badan yang sihat sama ada dari segi zahir mahupun batin, kita sangat mengambil berat tentang pemakanan iaitu makan mengikut kadar pemakanan seperti yang dipaparkan pada piramid makananPiramid makanan tersebut menunjukkan bahawa kita perlu mengambil lebih banyak bijirin dan kekacang berbanding makanan-makanan berlemak. Salah satu contoh makanan bijirin ini ialah kacang soya. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kacang soya merupakan bahan asas bagi beberapa jenis makanan yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah kicap, tempe dan air soya.
piramid
Kita juga sering digembar-gemburkan sejak dari kecil lagi tentang khasiat kacang soya. Contoh khasiat kacang soya ialah kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murahberbanding daging, susu atau telur. Kacang soya mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g, merupakan2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur. Selain itu, kacang soya juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, ferum dan fosforus. Tambahan lagi, kacang soya ini kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lecithin. Ada juga fakta yang menyatakan kacang soya ini boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Sebaliknya, terdapat juga fakta lai yang menyatakan bahawa segala ura-ura tentang kacang soya mempunyai banyak kebaikan adalah hanya omong kosong sahaja atas sebab yang kita sendiri belum  mengetahui sejauh mana kebenarannya. Terdapat juga sebahagian pengkaji ilmu telah menggariskan beberapa KEBURUKAN kacang soya yang ramai antara kita yang belum mengetahuinya. Di sini penulishendak menyenaraikan beberapa keburukan kacang soya yang pasti membuatkan kita semua berfikir masak-masak sampai hangit sebelum membeli sesuatu barangan yang berasaskan kacang soya.
soy
Di antara keburukan kacang soya ialah :
  1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap oleh tubuh.
  2. Mengandungi hemaglutinin boleh mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  3. Mengandungi goitrogen yang mengakibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
  4. Kebanyakan soya adalah ‘genetically modified’, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ??? sendiri maw ingatlaaa.
  5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kehadiran toksin ini akan mengakibatkan kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.

  6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK!
  7. Mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan).
  8. Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Pendek kata, seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!
Siapa yang menggembar-gemburkan kebaikan kacang soya? Siapa pengeluar terbesar kacang soya? Itu para pembaca boleh menilai sendiri. Sedangkan orang Yahudi pon minum susu yang berasaskan badam dan mereka juga mengamalkan apa yang Rasulullah amalkan seperti minum susu kambing. Mereka menutup mata kita dengan segala kebaikan dan produk-produk yang bukan berasaskan sunnah Nabi S.A.W. Jadi, penulis ingin mengajak semua agar kembali kepada Allah dan Rasul agar kita sentiasa berada di landasan yang benar. Seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Barangsiapa yang pegang kepada dua perkara ini, pasti dia tidak akan sesat buat selamanya. Dua perkara ini ialah Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W”.
kacang soya
Walaubagaimanapun, kacang soya ini tidak elok jika diambil secara mentah tanpa melalui beberapa proses yang tertentu seperti proses penapaian seperti yang dilakukan ke atas tempe dan kicap. Penulisnasihatkan untuk diri sendiri dan juga pembaca sekalian supaya periksa dulu kandungan sesuatu produk dan mendalami proses yang dilakukan kerana terdapat juga produk berasaskan soya di pasaran yang telah melalui beberapa proses untuk membuang segala bahan yang merbahaya daripada kacang soya mentah. Sekian. WALLAHUA’LAM.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More