Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, February 10, 2015

Panduan Cara Yang Betul Mewarnakan Rambut Dan Memakai Inai Mengikut Islam



Sejarah mewarnakan rambut
Permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.

Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam.

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Produk  pewarna Rambut
Panduan berhias menurut Islam dari segi mewarnakan rambut dan berinai adalah seperti berikut:

1. Mewarnakan rambut
Mewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi : “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.

2. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang tua
Tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).

3. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang muda
Orang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).

4. Bahan untuk pewarna rambut
“Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (HR Tirmizi & Ashabussunan). Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.

5. Pewarna komersial
Apa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas.

6. Pemakaian inai
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai  pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada  sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan yang meragukan.

7. Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

8. Pewarna kuku
Pewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.

 Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu :
-  Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah.
- Tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit 
-  Bahan tidak bercampur dengan najis.

Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibnu Hajar berkata seorang perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).

Kesimpulan 
a) Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More