Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, February 26, 2015

Misteri Bercakap Dengan Diri

Selalu kita perhatikan banyak orang bercakap seorang diri. Adakah ini fenomena yang sihat atau seseorang itu mengalami penyakit jiwa yang kronik?

Adakah sama bercakap seorang diri dengan bercakap atau berkomunikasi dengan diri sendiri?


Sebelum pergi jauh, eloklah kita ketahui apa yang dimaksudkan dengan diri itu. Dalam konteks ini, diri yang dimaksudkan ialah hati (bahasa biasanya) atau qalbun.
Berkaitan dengan hati ini, Rasullullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Apabila baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggotanya. Maka sekiranya buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa itulah HATI” (HR, Bukhari dan Muslim).
Sebab itu dikatakan hati (qalbun) adalah raja bagi badan, yang menjadi pemerintah tertinggi. Otak dan anggota badan lain hanya sebagai rakyat atau pengikut saja sebagaimana juga yang disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Kalau raja yang baik dan adil maka rakyatnya akan turut baik, aman damai dan hidup bahagia. Sebaliknya, kalau raja itu seorang yang zalim maka rakyatnya pun akan turut melakukan kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Oleh itu, mendidik hati sangat penting untuk mendidik seseorang.
Apa yang dikatakan hati (qalbu)?
Hati boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu:
1. Qalbu jasmani iaitu seketul daging yang lebih tepatnya dinamakan jantung (heart). Fungsi jantung ialah untuk mengepam darah ke seluruh badan yang diperlukan untuk manusia terus hidup.
2. Qalbu Rohani iaitu sesuatu yang halus yang mana ia dapat mengetahui sesuatu, mengenali sesuatu serta memahami sesuatu perkara. Ini juga dinamakan hati kecil, mata hati atau hati batin. Di sinilah terletaknya sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji) seperti sabar, tawakal, taat, syukur, merendah diri, ikhlas, semangat, kasih sayang, dsb, serta sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) seperti ujub, riya’, takabur, bangga diri, hasad dengki, was-was, fitnah, dsb.
Sifat mahmudah dibisikkan oleh malaikat tetapi sifat mazmumah dibisikkan oleh syaitan, oleh itu kedua-dua sifat ini tidak mungkin berada dalam satu hati. Di akhirat nanti, orang yang selamat daripada azab api neraka ialah orang yang kembali kepada Tuhannya dengan hati yang sejahtera (qalbun salim) sebagaimana dalam Firman Allah swt: “Hari akhirat adalah hari yang mana tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali mereka yang membawa hati yang sejahtera” (QS, As Syu’ara: 58-59).
Secara fitrahnya, hati juga merupakan tempat ilham daripada malaikat dan tempat was-was daripada syaitan. Oleh itu, hati menjadi medan pertempuran antara akal dan hawa nafsu. Akal menyeru ke arah kebaikan, sebaliknya nafsu menyeru ke arah kejahatan yang dikenali sebagai penyakit hati. Penyakit hati yang paling ringan ialah keras hati, degil, tidak mahu menerima pengajaran dan kebenaran yang akhirnya membawa kepada kekufuran, nauzubillah.
Selain hati, manusia sebagai insan yang lebih mulia daripada makhluk lain juga dibekalkan dengan minda dan akal fikiran. Di manakah letaknya minda dan akal fikiran??? Adakah terletak di otak atau di hati rohani tadi??? Ada yang mengatakan minda terletak di otak dan ada yang mengatakan minda dikawal di hati (qalbun). Minda mempunyai tenaga tersembunyi yang membolehkannya berfungsi dengan baik. Sebagai benda hidup, ia memerlukan makanan yang seimbang dan senaman untuk terus sihat dan terhindar daripada penyakit. Makanan minda ialah ilmu yang bermanfaat dan senaman untuk minda ialah memikirkan sesuatu masalah dengan teliti untuk mendapatkan penyelesaian yang baik.
Apa yang dikatakan kuasa ajaib minda???
Kuasa minda ialah tenaga yang terdapat dalam diri manusia sejak lahir. Semua bangsa di dunia sejak zaman dulu mengiktiraf kehadiran kuasa minda ini. Masyarakat India mengenalinya sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki dan bagi masyarakat di Nusantara menyebutnya sebagai tenaga dalaman.
Kita perlu melatih menguasai minda dan membuat saranan kepada minda bawah sedar bagi memprogramkan setiap saranan positif ke dalam diri anda. Selain itu juga, kita perlu melatih menguasai pernafasan bagi membentuk tenaga dalam yang sedia ada di dalam diri kita. Gabungan antara minda dan pernafasan yang teratur akan menghasilkan suatu kekuatan tenaga yang sungguh hebat pada diri seseorang. Apa gunanya kalau ada kekuatan tenaga yang hebat kalau disalurkan kepada perkara-perkara yang positf? Oleh tu, minda yang positif sangat penting dalam kehidupan kita untuk menjadi seorang yang cemerlang.
Bagaimana cara nak melatih minda yang positif? Ada beberapa petua yang disarankan oleh para ilmuan dalam bidang psikologi, antaranya ialah dengan menjangkakan kejayaan kerana selalunya jangkaan menjadi kenyataan. Jangan buang masa menjangkakan kegagalan. Kalau anda menjangkakan kejayaan, minda anda akan terfokus untuk mencapai kejayaan itu dan secara tak langsung fikiran anda akan jadi positif.
Untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang, mesti gambarkan diri sebagai seorang yang telah Berjaya dan bercakap dengan diri (hati kecil) dengan ucapan yang positif, bukan dengan kata-kata negatif, walaupun maknanya sama.
Contoh kata-kata positif:
– Mulai hari ini aku seorang yang rajin belajar.
– Mulai sekarang aku solat 5 waktu.
– Mulai hari ini aku bersenam.
Contoh kata-kata negatif yang secara tak langsung anda terfokus kepada perkara yg negatif:
– Mulai hari ini aku seorang yang tidak malas lagi.
– Mulai sekarang aku tak mahu tinggal solat lagi.
– Mulai hari ini aku tak mahu tinggalkan senaman.
Di sinilah peranan bercakap dengan diri sendiri untuk melatih diri kita ke arah yang lebih positif, bukannya yang negatif.
Wallahu a’lam.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More