Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, February 10, 2015

Resepi Mee Rebus versi Chef Wan @ Asian Food Channel

Mee Rebus Johor - Sumber Google


Salam, siapa yang tak kenal Mee Rebus. Makanan terkenal di Negeri Johor.

Kalau berada di Johor senanglah menikmati makanan ini di Mee Rebus Hj Wahid di Plaza Angsana, Plaza Larkin ataupun Taman Rinting. Bagi orang luar JB, kalau tak dapat merasa makanan ini cuba-cubalah buat sendiri kalau teringin.

Banyak juga resepi di internet saya cuba, tapi sesetengah resepi ada yang  letak kacang tanah, tak letak udang kering. Ada tauchu tak ada rempah kari. Begitu sebaliknya.  Bila menonton Chef Wan masak mee ini di AFC, macam-macam dia letak. Sebab sebelum ni, jika baca buku Chef Wan, resepi mee rebus dia tak sama dengan yang disiar di AFC.  Jom try :

Bahan-bahan Mee dan Aksesori:
Sumber : Chef Wan @ AFC
Saiz hidangan: 3-4 orang

1 bungkus mee kuning (celur, basuh dan toskan)
2 keping tauhu- goreng dan hiris nipis
Taugeh- dicelur
Daun sup
Telur rebus
Cili besar- dihiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi/limau nipis

Bahan-bahan kuah:
2 mangkuk kecil  daging
1 kg tulang
10-12 ekor udang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3-4 sudu besar  cili kisar
2 sudu besar rempah kari
2  biji ubi kentang  sederhana besar – rebus dan dikisar
1 batang carrot – rebus dan dikisar
1 biji ubi keledek – rebus dan dikisar
Segenggam kacang tanah – sangan  dan ditumbuk/dikisar
2 sudu besar tauchu - kisar
1 ½  sudu besar udang kering
Garam
Gula Melaka
Bawang goreng
Minyak
Air

Cara-cara:
Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumis bersama cili kisar.
Bila sudah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan garing dan naik minyak.
Masukkan tulang, daging dan air. Renehkan.
Masukkan tauchu dan kacang tanah. Juga gula Melaka.
Peserta seterusnya adalah kentang, keledek dan carrot. 
Masukkan udang dan biarkan seketika. Seimbangkan rasa sedap dan lazat.  Kalau tak sedap, memang aku insan yang lemah hanya mampu berserah. Kuikui. Biar sekata.  
Akhir sekali, masukkan bawang goreng, kacau sebentar dan tutup api.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More