Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 16, 2015

Gelang Pintar Tago Arc Dengan Paparan E-Ink Terbina

20150213050633-Liber8_black_mobile_03_logo_s
Penggunaan e-ink pada peranti bukanlah perkara baru. Pembaca buku e-ink dan telefon pintarYota Phone adalah dua peranti yang menggunakan e-ink bagi menjimatkan penggunaan bateri. Tetapi kini e-ink juga digunakan bukan sekadar dijadikan skrin tambahan tetapi sebagai cara mewujudkan kustomasi pada aksesori yang dipakai. Tago Arc ialah gelang pintar dengan skrin terbina. 
Corak yang dipaparkan pada gelang pintar ini bolah ditukar mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan aplikasinya tersendiri. Tago Arc ditambat kepada peranti pintar dan dengan hanya menekan beberapa butang corak paparan berubah secara automatik. Anda juga boleh meletakkan rekaan gelang anda sendiri menerusi aplikasi yang disertakan. Bagi menggunakan Tago Arc anda memerlukan peranti dengan sokongan NFC penuh. Oleh tu buat masa ini Tago Arc hanya boleh digunakan dengan peranti Android. Harga jualan seutas gelang ini ialah $259
Sebuah lagi penggunaan teknologi e-ink yang inovatif untuk industri fesyen. Ia mengingatkan kami kepada jam pintar Fes yang turut menggunakan sistem yang sama bagi menghasilkan tali jam dengan rekaan boleh ubah.
20150213050524-all_comp_01_logo_s

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More