Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, February 10, 2015

Cara Hilangkan Panau Atau Kurap Yang Paling Berkesan

Anda mungkin tidak selesa jika ada panau atau kurap


Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan. Tempat ini merupakan antara tempat yang mudah penyakit ini berjangkit dan ini menyebabkan pesakit tidak berasa selesa untuk bersosial.

Pun begitu, anda boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal penulis kongsikan di abawah ini. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air ataupun paling senang belilah di pasar yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.




Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan lengkuas genting ini adalah seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.

Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.


Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More