Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, February 12, 2015

Cara Dan Petua Untuk Licinkan Kulit Muka Anda

Petua Penjagaan Kulit

Salam Ceria,

Siapa yang tak mahu kulit mukanya kelihatan cantik, tegang dan licin? Tentu anda semua mahu kan, saya pun nak jugak;p Atas sebab itulah hari ini saya nak kongsi mengenai cara melicinkan kulit muka.

Pertama sekali, ia sesuai untuk anda yang mengalami kulit muka yang kasar. Jika kulit anda tak berapa kasar dan nak "maintain" agar sentiasa cantik, ia boleh juga diamalkan.

Anda dah sedia, begini caranya:

1. Cuci dan bersihkan muka anda dahulu.
2. Kemudian keringkan muka anda.

3. Selepas itu, ambil sebiji telur dan asingkannya ke dalam bekas atau piring.
4. Sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka.

5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka selama sejam.
6. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka anda dalam tempoh tersebut.

7. Setelah lebih kurang sejam berlalu, bilas muka dengan air suam.
8. Sebaik-baiknya amalkan dua hingga tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.

Jika anda lakukan secara teratur dan konsisten, kulit anda pasti akan lebih licin berbanding sebelumnya.


Petua Kedua :
Anda mahu licinkan kulit muka tanpa mengeluarkan kos yang banyak? Ya, saya dengar anda kata "mestilah nak". Kalau begitu, apa kata saya cadangkan anda memanfaatkan khasiat yang ada pada buah tomato. Selain murah, ia juga asli dan selamat.

Baiklah, begini caranya:

1. Ambil sebiji tomato yang telah masak.
2. Basuh dan bersihkan buah tomato tersebut.
3. Belah buah tomato itu kepada dua. 

4. Ambil satu bahagian tomato tersebut dan sapukan ke muka anda.
5. Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
6. Kemudian, cuci muka dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.

7. Ada sebelah lagi kan? Jadikan ia sebagai jus minuman atau dimakan begitu saja.
8. Amalkan petua ini selama seminggu atau sehingga menampakkan hasil.

Selamat Mencuba.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More