Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 9, 2015

Canggih! Laman Web Yang Ingin Menghubungkan Pesakit Kepada Doktor

Sebelum ini, kita sedia melihat kepada salah satu perkhidmatan sosial dinamakan Med.MY yang membolehkan pengguna bersoal-jawab dengan para doktor untuk mendapatkan kecerahan mengenai sesuatu perkara. Terkini, satu lagi laman baru hadir dalam menghubungkan pengguna dengan doktor, dinamakan sebagai GetDoc.
Melalui GetDoc, ia ingin memudahkan para pengguna untuk membuat carian berkaitan klinik, hospital dan doktor berdekatan, selain pada masa yang sama memilih doktor dan membuat temujanju dengan mereka. Disamping itu, beberapa maklumat asas turut disediakan dalam mengetahui beberapa informasi perubatan melalui laman berkenaan.
GetDoc
GetDoc
Menurut GetDoc, mereka ingin memudahkan pesakit untuk mendapatkan informasi berkaitan dan rawatan dengan pantas daripada doktor berdekatan. Ini termasuklah dengan membolehkan anda membuat temujanji pantas dan terus menemui mereka apabila tiba di klinik atau hospital tanpa perlu beratur mendaftar dan mengambil nombor seperti kebiasaan.
Selain untuk pesakit, untuk doktor pula, mereka turut boleh menyenaraikan kepakaran mereka serta dapat memasarkan perkhidmatan mereka dengan lebih efektif dalam-talian menggunakan perkhidmatan ini.
Daripada percubaan kami, GetDoc masih tertumpu kepada beberapa kawasan utama sahaja, dan tidak menyokong penyenaraian penuh diseluruh Malaysia buat masa ini. Sistem tempahan doktor juga dilihat masih tidak berfungsi dengan lancar, dan terdapat sejumlah doktor yang dilihat tidak mengemaskini jadual mereka, sekaligus menjadikan ia memperlihatkan tiada masa untuk dilawat dalam masa terdekat ini.
GetDoc
Mungkin ini adalah antara perkara yang boleh dijangka memandangkan perkhidmatan ini masih lagi baru dan ramai yang masih belum menggunakannya secara serius. Mungkin juga pembangunnya perlu memasarkan perkhidmatan ini dengan lebih efektif dari hari ke hari dalam usaha menarik lebih ramai menggunakannya, sekaligus menarik lebih ramai doktor yang aktif pada laman tersebut.
Bagi anda, apakah pendapat anda mengenai perkhidmatan seumpama GetDoc ini?
Layari : GetDoc

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More