Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 7, 2015

T-Team Buat Amal

Pasukan berstatus kelab T-Team akan berentap dengan Kelantan pada perlawanan amal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jam 8.45 malam ini.


Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, kutipan tiket bagi perlawanan amal itu akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur termasuk Terengganu. “Kami merasai kesusahan mangsa banjir mengharungi liku kehidupan selepas ini terutama sebahagian besar barangan dalam rumah rosak dan dibawa arus apatah lagi ramai hilang tempat untuk berteduh.

“Justeru kami mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan amal ini dan peminat dikenakan tiket RM5 untuk disumbangkan kepada mangsa banjir sambil mengalu-alukan kehadiran peminat setia dua pasukan ini,” katanya.

Mengenai pemain yang akan diturunkan pada perlawanan itu, beliau membayangkan ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner akan menurunkan tiga pemain import baru T-Team iaitu penyerang kebangsaan Uzbekistan, Farhod Tadjiev, Sabruddin Abdullaev (Uzbekistan) dan Faramola David Oniya dari Nigeria yang bermain di Liga Uzbekistan.

“Sebelum ini kami sudah mengadakan dua perlawanan persahabatan termasuk tewas kepada skuad abang Terengganu 1-2 biarpun menang dalam aksi pertama 3-1,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More