Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 7, 2015

Sempoi! PlayStation4 (PS4) 18.5 Juta Unit Terjual

Sony Computer Entertainment Inc (SCE) mengumumkan konsol hiburan komputer PlayStation4 (PS4) berjaya dijual melebihi 18.5 juta unit di seluruh dunia sehingga 4 Januari lalu dan jualan runcit melebihi 4.1 juta unit semasa musim percutian, sekali gus menunjukkan PS4 mencatatkan pertumbuhan kukuh serta pantas dalam sejarah perkakasan PlayStation.

Selain itu, terdapat lebih 10.9 juta pengguna mengambil kesempatan daripada ciri dan manfaat daripada perkhidmatan keahlian PlayStation@Plus (PS Plus) sehingga 2 Januari lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Andrew House berkata, pelanggan memiliki akses kepada pelbagai ciri-ciri lain seperti Instant Game Collection di mana ia membenarkan ahli untuk bermain versi penuh daripada penerbit dan pemaju pihak ketiga dan SCE Worldwide Studios tanpa had masa atau kos tambahan.

“Kami amat berbangga kerana ramai pelanggan di seluruh dunia terus memilih PS4 sebagai konsol pilihan masing-masing meskipun di musim percutian dan kami akan terus mengukuhkan serta menyampaikan nilai tambahan pada PS4 sebagai tempat terbaik untuk bermain dengan membawa kandungan lebih menarik dan mempelbagaikan tawaran perkhidmatan,” katanya, semalam.

Melalui sokongan padu daripada pengguna dan penerbit serta pemaju pihak ketiga di seluruh dunia, perisian PS4 turut kekal kukuh dengan salinan melebihi 81.8 juta dalam pasaran runcit global dan muat turun digital di cawangan PlayStation sehingga 4 Januari lalu termasuk 17.8 juta yang dijual semasa musim percutian

Beliau berkata, portfolio sistem permainan PS4 akan terus berkembang dengan tajuk menarik seperti Final Fantasy XV (Square Enix Co. Ltd), Metal Gear Solid V: The Phantom Pain (Konami Digital Entertainment Co. Ltd.), Persona5 (Atlus), Street Fighter V(Capcom Co. Ltd), Bloodborne, The Order: 1886, and The Tomorrow Children (SCE Worldwide Studios).

Menurutnya, komuniti pembangunan bebas akan terus membawa tajuk baru inovasi untuk PS4 termasuk Astebreed(Active Gaming Media Inc.), Galak-Z(17 Bit Inc.), Mighty No.9(comcept Inc.).

“Kami akan terus mengembangkan dunia PS4 untuk membawa pengalaman hiburan yang hanya wujud dalam PlayStation di mana sistem PS4 kini boleh didapati di 123 negara dan semua rantau di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More