Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, January 27, 2015

RESEPI THAI GREEN CURRY



Resipi dari negara gajah putih yang unik, rasa seakan2 masakkan kurma, tapi agak berbeza.....

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci dan perap dgn asam limau dan garam, cuci kembali dan toskan
300 ml pati santan
1 cawan terung pipit/palembang
10 biji cili padi, dibelah dua
5 tangkai daun selasih
3 biji limau kasturi
Gara, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan dikisar halus:-
10 tangkai cili hijau
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah kecil
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 pokok ketumbar, cuci bersih dgn akar sekali
2 batang serai
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 camca besar ketumbar biji
2 camca besar jintan kasar
1 camca teh lada putih biji

Cara membuatnya:-
1- Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul dgn rempah dan biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml). Masak dgn api perlahan hingga ayam 3/4 empuk.

2- Kemudian masukkan terung pipit dan biar masak sekejap. Tuang pati santan, perasakan dgn garam, gula dan sebuk perasa (kalau suka). Bila mendidih dan terung lembut, masukkan belahan cili padi, daun selasih dan perahan jus limau kasturi. Biar mendidih utk 5 minit lagi dan padam kan api.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More