Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, January 23, 2015

RESEPI PULUT TAI TAI


Resepi asal "Pulut Tai Tai" ini adalah hasil dari air tangan kaum2 nyonya peranakan....warna biru asli dari sejenis bunga dipanggil "bunga telang" dan pulut ini dimakan bersama seri kaya yg manis dan lemak. Tapi yang ini telah diubah suai sedikit dgn menjadikan kuah durian sebagai bahan pemanis....

Bahan-bahannya:-
1 kg beras pulut, direndam 2 jam
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya
30 kuntum bunga telang, redam dgn 2 camca besar air panas, biar 10 minit, ramas dan tapis jusnya

Bahan untuk kuah durian:-
1 biji durian sederhana besar, diambil isinya (dgn biji2nya sekali)
2 ketul gula melaka, dimasak dgn 2 cawan air hingga larut dan tapis
1 cawan gula pasir
1500ml santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum + 2 camca besar air
Secubit garam

Cara membuatnya:-
1- Untuk pulut- Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang dan tuang santan cair, garam dan tambah air sehingga separas dgn pulut. Masukkan daun pandan dan kukus atas air mendidih 20 minit. Keluarkan loyang dan gaul pulut. Keluarkan 1/3 bahagian pulut dan gaul dgn jus bunga telang hingga rata dan sebati. Masukkan balik ke dalam loyang (letak dibahagian loyang yg kosong) dan terus mengukus 10 minit lagi. Kemudian keluarkan pulut dan tepek pulut secara berselang seli antara pulut putih dan pulut biru di dalam loyang lain berukuran (10 x 10 x 1) inci yang telah digris dgn sedikit minyak, tekan dgn tangan yg beralas plastik hingga padat dan rata. Sejukkan sekurang2nya 1 jam.

2- Untuk kuah durian - Dalam periuk, satukan kesemua bahan2 utk kuah durian kecuali tepung dan garam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih sambil dikacau selalu. Masukkan bancuhan tepung gandum dan garam. Kacau hingga rata dan rasa kuahnya. Kalau agak pekat boleh ditambah air.

3- Pulut tai tai - Potong pulut yg telah sejuk ikut suka dan tuang kuah durian di atas pulut sejurus menghidang....

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More