Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, January 27, 2015

RESEPI MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN HARUAN

Aroma yang istimewa dan menjadi santapan harian bagi orang2 dinegeri adat pepatih yg tersohor di Malaysia.......Negeri Sembilan (Nismilan)

Bahan-bahannya:-
5 - 6 keping daging ikan haruan
10 biji belimbing buluh, dibelah 2
1/2 cawan isi petai (boleh dilebihkan kalau suka)
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak
30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)*
2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya:-
1- Cuci ikan dgn limau dan garam, bilas dan toskan, perap dgn kunyit dan garam lebih kurang 30 minit. Kemudian panggang hingga ikan sedikit garing.

2- Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah untuk mendapatkan santan no. 1. Kemudian masukkan 2 cawan air dan ramas. Perah untuk mendapatkan santan no. 2.

3- Gaul bahan2 tumbuk dgn tempoyak hingga sebati, masukkan dalam periuk bersama santan no.2 dan serai titik. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang dan bila mendidih masukkan petai.

4- Tuang santan pekat dan masukkan belimbing buluh, kecilkan api dan biar mendidih perlahan sambil terus mengacau. Rasa kuahnya, kalau kurang masin boleh ditambah garam.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More