Ini kerana mereka mendakwa benih padi digunakan mereka sekarang ini iaitu baka padi jenis MR 220CL2 tidak lagi sesuai kerana ia mudah diserang penyakit sejak kebelakangan ini.
Penyelia Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) B2 Sanglang Unit Pida 3 1/2, Md. Nor Hamzah berkata, benih padi yang dibekalkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu perlu diganti dengan jenis benih padi lain yang lebih baik.

“Pada musim penanaman kali ini, kita jangka pesawah di sini akan mengalami kehilangan hasil sekitar 80 peratus kerana sawah terjejas akibat penyakit hawar daun bakteria (BLB) dan jalur daun bakteria (BLS).

“Justeru, saya cadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan benih padi baharu,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut di sini hari ini.

Menurut Md. Nor, kira-kira 200 pesawah di kawasan itu dijangka mengalami penurunan hasil tanaman daripada 2.5 tan untuk 0.28 hektar sawah kepada 1 tan untuk 0.28 hektar sawah, pada musim ini.

“Selain menghasilkan benih padi baharu pihak kementerian juga boleh mengimport benih padi berkualiti dari negara luar seperti Indonesia, Filipina dam Jerman,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Cawangan Operasi Pengembangan MADA, Nik Fazlina Nik Ahmad berkata, masalah sawah yang diserang penyakit tidak berpunca daripada benih padi semata-mata.

“Penyakit hawar daun bakteria dan jalur daun bakteria ini berpunca daripada faktor cuaca, bukan disebabkan oleh penggunaan benih padi jenis CL2 ini,” katanya.
ang serangan penyakit yang mana kebanyakan pesawah menggunakan benih padi itu tidak seperti disyorkan MADA.

Pesawah sebenarnya, jelas beliau disyorkan hanya menggunakan benih padi CL2 untuk dua musim penanaman sahaja dan musim seterusnya perlu menggunakan benih jenis lain seperti MR253, MR263, dan MR269.

“Namun kebanyakan pesawah menggunakan CL2 pada setiap musim sehingga mendatangkan banyak masalah seperti serangan penyakit ini,” katanya.

Keadaan bertambah teruk, beliau mendakwa racun khas yang didatangkan bersama penggunaan CL2 hanya berfungsi menghapuskan padi angin dan rumpai dan bukannya mengelakkan serangan penyakit.