Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 7, 2015

Padah Merokok! Penjaga Gol Arsenal Wojciech Szczesny

Penjaga gol Arsenal Wojciech Szczesny (gambar) berdepan dengan prospek didenda apabila didakwa merokok dalam bilik mandi sejurus selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Southampton pada hari perlawanan Tahun Baru.


Arsene Wenger sebelum ini mengkritik Jack Wilshere kerana wajahnya terpampang merokok ketika keluar bersosial dipercayai begitu kecewa de­ngan tindakan dilakukan oleh Szczesny. Arsenal kelmarin menafikan dakwaan daripada bekas pemain tengah John Jensen yang Szczesny sudah didenda dan tidak lagi akan beraksi musim ini kerana dijatuhkan hukuman disip­lin masih belum diputuskan.

Pengurusan Arsenal bagaimanapun tidak menyang­kal pertuduhan dikenakan terhadap Szczesny kerana merokok di bilik mandi di St Mary. Menurut beberapa sumber kelab, khabar angin itu adalah benar dengan Arsenal dan Szczesny sudah dihubungi Isnin lalu namun kedua-dua pihak enggan memberi sebarang maklum balas terhadap laporan dia merokok.

Arsenal masih belum menjatuhkan hukuman denda terhadap Szczesny namun tindakan disiplin akan diambil dan kelab itu dijangka menjatuhkan hukuman denda berjumlah £20,000 (RM108,000). Situasi itu turut menimbulkan persoalan serius buat rakan pasukan di Arsenal yang akan turun berdepan Stoke City Ahad ini.

Sementara itu nama Szczesny sudahpun digugurkan daripada skuad turun berdepan saingan Piala FA menentang Hull City minggu lalu. Biarpun ada peranca­ngan menurunkan David Ospina namun tempatnya dalam Liga Perdana pasti terancam akibat prestasi buruk itu. Arsenal menegaskan bahawa tiada masalah buat Wenger sekiranya penjaga gol utama itu berdepan penggantungan biarpun dia penjaga gol pilihan utama.

Sementara itu sudah pasti pemain yang akan mendapat perhatian Ahad ini adalah pemain mencipta rekod perpindahan, Mesut Ozil yang mengharap­kan kebangkitan semula apabila kembali beraksi selepas lebih dari tiga bulan diketepikan kerana kecederaan ligement lutut.

Ozil kembali menjalani latihan dan kemudian­nya menyertai barisan utama pasukan pada Isnin lalu, berasa sedia kembali bermain dan berkemungkinan besar keluar dari bang­ku simpanan untuk diturunkan dalam saingan kompetitif selepas pulih daripada pembedahan lututnya.

Mathieu Flamini akan turun beraksi di bahagian tengah Arsenal dengan Aaron Ramsey dan Danny Welbeck masih belum menjalani latihan penuh dan hanya kembali menjalani penilaian semula sebelum keputusan dibuat berhubung tahap kecergasan. Mikel Arteta masih belum pulih kecederaan betis dan Wenger masih mencari tonik terbaik menguatkan barisan tengah jendela perpindahan Januari.

Beliau menjadi lebih bersemangat melihat aksi Francis Coquelin diturunkan pada perlawanan menentang West Ham United, Southampton dan Hull City.
"Saya mahu dia terus berada di sini pada masa depan," kata Wenger.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More