Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 8, 2015

Cara Rawat Pesakit Ginjal Tahap Akhir

Wan Ezamnie Haziq Kamarulnizam, 9, dari Senawang, Negeri Sembilan seperti kanak-kanak lain yang membesar dengan aktif dan lasak. Tatkala berbicara dengan si cilik itu juga, tidak kelihatan dia menunjukkan tanda menghidap penyakit.


Ini kerana Wan Ezamnie Haziq keletah dan bijak menjawab setiap soalan wartawan. Hakikatnya, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height ini penghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD).

Wan Ezamnie Haziq antara tiga pemenang peraduan mengambil gambar Dreamcatcher anjuran Baxter Healthcare (M) Sdn Bhd (Baxter) iaitu penyedia peranti perubatan, farmasi dan bioteknologi untuk penjagaan pesakit. Peraduan mengambil gambar itu adalah inisiatif kepada penghidap ESRD di seluruh negara yang menjalani rawatan mencuci buah pinggang menerusi kaedah dialisis peritoneum (PD).

Ia bertujuan untuk memperkenalkan manfaat PD sebagai pilihan rawatan kepada pesakit ESRD untuk menjalani kehidupan sepenuhnya seperti insan normal lain. Di Malaysia, hanya lapan peratus pesakit menggunakan rawatan PD dan selebihnya melakukan rawatan hemodialisis (HD) bagi menggantikan fungsi buah pinggang.

Rawatan HD ialah kaedah darah pesakit dialirkan melalui mesin buah pinggang buatan yang dihubungkan dengan sistem peredaran pesakit untuk mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan tubuh. Darah yang bersih seterusnya akan dikembalikan kepada tubuh selepas proses penapisan selesai, manakala kreatinina, urea dan sisa perkumuhan lain dan bendalir berlebihan akan disingkir daripada darah melalui proses resapan dan osmosis.

Rawatan ini biasanya dilakukan di hospital atau pusat dialisis sebanyak tiga kali seminggu selama empat hingga lima jam bagi setiap sesi. PD pula mengaplikasikan membran peritoneum tubuh sebagai alat penapis. Bagi memasuki kaviti peritoneum, kateter diselitkan melalui dindingnya dengan cara pembedahan.

Larutan dialisis kemudian diisi ke dalam kaviti peritoneum. Proses osmosis dan resapan membolehkan toksin dan bendalir berlebihan ditapis ke dalam larutan melalui membran.
Selepas beberapa jam, larutan yang digunakan dialir keluar daripada kaviti sebelum larutan baru diisi semula ke dalam abdomen. Pesakit yang menggunakan peralatan PD boleh mengendalikan sendiri rawatan mereka di rumah atau di mana-mana saja.

Pada masa kini, dua jenis PD disediakan untuk kemudahan pesakit iaitu dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD) yang melakukan pertukaran larutan dialisis sebanyak empat kali sehari dan dialisis peritoneum automatik (APD) yang dilakukan pada waktu malam oleh sebuah mesin yang menggantikan dan mengisi larutan ke dalam kaviti abdomen secara automatik.

CAPD ialah proses tanpa mesin yang memanfaatkan graviti untuk mengisi larutan dialisis baru dan mengalirkan larutan yang digunakan keluar daripada kaviti peritoneum. Secara purata, empat sesi CAPD perlu dilakukan setiap hari dan setiap sesi mengambil masa dua puluh minit hingga setengah jam. APD pula dilakukan secara automatik oleh sebuah mesin ketika pesakit tidur apabila mesin disambung ke tubuh mereka sebelum tidur dan menanggalkan sambungan mesin ini pada keesokan paginya.

Mesin ini mengawal semua fasa pertukaran larutan, termasuk mengalir keluar larutan yang digunakan, mengisi semula larutan baru dan memantau tempoh larutan di dalam kaviti peritoneum. Disebabkan APD dilakukan pada waktu malam saja, pesakit bebas menjalani jadual harian seperti biasa, sekali gus membolehkan mereka mengawal kehidupan dengan lebih baik. Wan Ezamnie Haziq pula adalah pengguna CAPD yang membolehĂ‚­kan kanak-kanak ini bersekolah dan menjalani aktiviti kokurikulum dan riadah, termasuk bercuti bersama keluarga.


Dia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan menjalani biopsi buah pinggang untuk mengkaji sampel tisu dan tahap masalah kegagalan buah pinggang. Hasilnya, doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggang Wan Ezamnie Haziq gagal berfungsi.nSejak itu, kanak-kanak berkenaan yang juga anak bongsu daripada lima beradik hanya diberi makan ubat untuk meneruskan kelangsungan buah pinggangnya sebelum menjalani dialisis dengan kaedah PD pada 2011 di hospital sebelum kini dia melakukan sendiri di rumah dengan bantuan anggota keluarga.

"Ketika mula-mula dibawa ke hospital dulu, saya tanya ayah kenapa saya dibawa ke pusat perubatan dan kenapa doktor periksa saya.

"Ayah menjelaskan saya sakit buah pinggang dan perlu dirawat, malah doktor juga memberi penerangan mengenai penyakit dihidapi sehingga saya benar-benar faham.
"Walaupun menghidap penyakit ini sejak kecil, ia tidak menghalang saya daripada melakukan pelbagai aktiviti di sekolah seperti bermain bola sepak dengan rakan," katanya.
Wan Ezamnie Haziq yang bercita-cita menjadi arkitek berkata, dia juga tidak berpantang makan dan boleh makan apa saja yang diingini, asalkan makanan itu kurang garam.
Dua lagi pemenang peraduan itu adalah Chan Seng Swee, 36, dari Kuala Lumpur dan Joseph Sawndara Amalraj, 61, dari Ipoh, Perak. Semua pemenang dibawa menikmati percutian selama tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi. Setiap pemenang dibenarkan membawa seorang lagi anggota keluarga sebagai penjaga mereka.

Sepanjang berada di pulau legenda itu, mereka dibawa menaiki kereta kabel yang memberi pengalaman bermakna kerana melihat kehijauan flora dan fauna dari puncak Gunung Mat Chincang sebelum aktiviti diteruskan dengan melawat Underwater World Langkawi bagi menyelami dunia dalam air pula.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Terapi Baxter, Jean Khor berkata, peraduan berkenaan menggalakkan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan PD menghantar rakaman foto mereka menjalani kehidupan seharian bagi menunjukkan kepada yang lain bahawa mereka juga boleh meneruskan hidup dengan bebas, anjal dan boleh ke mana-mana walaupun dalam terapi.n"Peserta menghantar foto yang menonjolkan aktiviti kegemaran mereka bersama keterangan gambar. Kami menerima 90 penyertaan dan pemenang dipilih berdasarkan rakaman gambar terbaik.

"Penyertaan juga dinilai berdasarkan kreativiti dan keaslian gambar serta kaitan antara gambar berkenaan dengan keterangannya. Barisan panel hakim membabitkan perunding nefrologi daripada pelbagai hospital awam. "Sambutan terhadap peraduan ini sungguh menggalakkan apabila kami menerima banyak foto menceritakan kisah yang memberi inspirasi dan keberanian kepada pesakit buah pinggang.

"Mereka sangat positif berdepan cabaran hidup dan penyakit buah pinggang kronik ini tidak dibiar menjejaskan kualiti kehidupan," katanya.

Tip untuk merendahkan tahap pengambilan natrium harian pesakit buah pinggang

* Baca label 
Garam mungkin dilabel sebagai garam, sodium atau natrium atau monosodium glutamate (MSG) pada label nutrisi bungkusan makanan. Anda boleh mengabaikan peratus yang dinyatakan dan menumpukan lebih perhatian kepada jumlah miligram (mg) natrium bagi setiap sajian.

Bagi individu sihat, pengambilan garam harian tidak sepatutnya melebihi 2,300 mg. Anda mungkin menemui dakwaan seperti rendah natrium atau low sodium pada pembungkus produk yang bermaksud produk itu mengandungi kurang daripada 140 mg natrium bagi setiap sajian atau tiada natrium atau no sodium yang bermaksud produk mengandungi kurang daripada lima mg natrium bagi setiap sajian.

* Semulajadi bererti lebih sihat
Garam dan lada hitam adalah bahan yang sering digunakan dalam masakan. Apa kata jika anda menggantikannya dengan perisa semula jadi. Jus lemon, cuka, herba dan rempah ratus antara beberapa contoh bahan perisa semula jadi dan lebih sihat yang boleh menambahkan rasa masakan anda.

* Garam tersembunyi
Awas! Garam boleh menyelinap masuk ke dalam makanan tanpa kita sedari. Kuah, kuah salad, sos dan kulit ayam mungkin tidak terasa masin tetapi ia sebenarnya mengandungi tahap natrium tinggi. Pastikan anda mengambilnya secara sederhana dan gandingkan bersama makanan lain untuk menghindari pengambilan berlebihan.
Tip untuk mengurangkan pengambilan lemak harian

* Kurangkan lemak yang ketara
Lemak dan minyak tergolong dalam kategori sama. Jika anda memasak daging atau ayam, cuba sebaik mungkin untuk membuang kulitnya dan semua lemak yang ketara. Dada ayam adalah lebih baik berbanding bahagian ayam yang lain kerana kandungan lemaknya rendah.
Bagi penyediaan salad, jangan amalkan penggunaan kuah salad, sebaliknya gantikan dengan jus atau perahan lemon. Mengeringkan makanan bergoreng dengan tuala kertas adalah satu tip untuk mengurangkan minyak. Jika anda menjamu selera dengan kari atau masak lemak, ambil isinya saja dan kurangkan kuahnya.

* Gaya masakan lebih sihat
Menggoreng seperti sambal dan kaedah memasak berasaskan lemak seperti kari dan masak lemak sememangnya menggunakan banyak lemak. Paha ayam goreng boleh menyerap sehingga dua sudu besar minyak yang mempunyai jumlah tenaga sama seperti tiga senduk nasi.

Pilih kaedah gril, bakar, kukus dan sup sebagai kaedah masakan baru yang lebih sihat. Jika anda gemar makan telur, ambil hanya dua biji telur kuning seminggu, namun anda masih boleh mengambil telur putih setiap hari.

* Lemak yang tinggi dalam makanan berproses
Menurut data Mayoclinic, makanan berproses seperti burger daging, nuget dan sosej mengandungi lapan gram (g) lemak atau lebih yang bersamaan Ă‚­dengan 150 kilo kalori (kcal) bagi setiap auns. Oleh itu, buat pilihan lebih sihat dengan membuat sendiri burger daging dan memilih daging tanpa lemak seperti ayam segar, ikan dan telur (ambil telur merah sebanyak dua kali seminggu saja). Ketika makan di luar, hadkan kunjungan ke restoran makanan segera tidak melebihi dua kali sebulan.


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More