Bagi mereka yang tidak pernah mencuba tatu pada tubuh mereka, sudah tentu tertanya-tanya adakah tatu memberi masalah kepada pemiliknya? Jawapannya, ‘ya’.

1. Alahan
Salah satu masalah umum yang dihadapi mereka ialah alah pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan.

Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal sering diadukan pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat tatu. Pewarna yang digunakan sewaktu mencorak tatu adalah pewarna industri yang asalnya dihasilkan untuk tujuan seperti cat kereta dan dakwat menulis.

2. Jangkitan
Kes-kes jangkitan penyakit Hepatitis B hasil daripada membuat tatu pernah dilaporkan.
Secara teorinya, HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.

Apabila para doktor estetik dari Persatuan Perubatan Estetik Malaysia menyoal sekumpulan pesakit yang ingin membuang tatu, mereka mendapati satu pertiga daripada bilangan itu kesal selepas sebulan memiliki tatu.

Lazimnya, jika tatu tersebut berada pada bahagian yang terdedah seperti tangan dan muka sehingga menjejaskan peluang mendapat pekerjaan, maka kerja-kerja pembuangan tatu boleh dijalankan oleh doktor estetik.