Terbaharu, ZDA menghasilkan mesin penghiris sayur semiautomatik bagi memudahkan pengusaha restoran mahupun sajian makanan untuk menyediakan bahan mentah dalam amaun yang banyak. Pengambilan sayur-sayuran dalam makanan sangat diperlukan supaya badan menerima zat-zat yang terkandung didalamnya.

Contohnya seperti bawang, lobak, kentang dan juga lain-lain jenis sayuran boleh dijadikan bahan memasak. Sebelum memasak , sayur tersebut perlu dipotong dan dihiris supaya senang dimakan dan dimasukkan ke dalam masakan. Kepada pengusaha atau usahawan yang menjalankan perniagaan masakan dan makanan, penggunaan sayuran adalah penting. Proses memotong dan menghiris sayur-sayuran ini akan menjadi rumit apabila melibatkan jumlah yang banyak. ZDA telah mencipta mesin memotong sayur mengikut bentuk yang diinginkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa mesin tersebut yang sukar ditemukan di pasaran tetapi ZDA mempunyai sebab menghasilkannya. Dengan adanya mesin ini, masa untuk memotong akan menjadi singkat dan sekali gus dapat meningkatkan hasil pengeluaran. Mesin memotong sayuran ini dibuat mengikut kehendak pelanggan. ZDA cuba memenuhi setiap spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pengusaha yang berminat.

Harganya tidak ditetapkan sebaliknya bergantung kepada bajet dan kapasiti pengeluaran.
Untuk makluman, pihak ZDA tidak membuat mesin secara sedia ada. Pengusaha yang berminat harus membuat tempahan terlebih dahulu barulah menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan. Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. ZDA mahukan pelanggan puas hati dengan mesin yang ditempah untuk kegunaan mereka.