Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 29, 2015

Canggih! Fungsi Terbaru Windows 10


Tahun ini Microsoft akan mengeluarkan sistem operasi generasi terbaru Windows 10. Windows 10 boleh dikatakan hasil penambahbaikkan gabungan Windows 7, Windows 8 dan juga Windows Phone. Maklumbalas daripada pengguna juga digunakan oleh pihak Microsoft dalam usaha membangunkan sistem operasi yang lebih baik. Terdapat pelbagai kemaskini terbaru dilakukan. Berikut antara fungsi dan ciri-ciri menarik yang telahpun dipertontonkan oleh pihak Microsoft.

START MENU

Microsoft memperkenalkan semula Start Menu dengan menambah fungsi live tiles. Ianya juga boleh dibuka secara fullscreen seperti mana skrin utama pada Windows 8.1


ACTION CENTER

Selain memaparkan notifikasi, Action Center menyediakan akses mudah untuk mengaktifkan atau mematikan Wi-Fi, Bluetooth, dan tetapan lain. Fungsi ini dipaparkan pada sebelah kanan dekstop, menggantikan Charm Bar yang sebelum ini digunakan pada Windows 8.


PC, TABLET, TELEFON

Windows 10 kali ini memfokuskan kepada satu sistem operasi yang boleh digunakan pada pelbagai saiz skrin. Ianya boleh digunakan pada PC, tablet dan juga telefon pintar. Terdapat juga setting bagi memudahkan pengguna menukar Windows versi PC kepada tablet atau sebaliknya.



CORTANA

Cortana merupakan pembantu digital peribadi yang sebelum ini diperkenalkan pada Windows Phone. Fungsinya lebih kurang sama seperti Google Now dan Siri (Apple). Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi  untuk mendapatkan info, membuat carian, nota dan lain-lain. Pada Windows 10, Cortana akan menjadi alat carian utama untuk pengguna. Ianya lebih effisyen dan mesra pengguna.



UNIVERSAL APPS

Microsoft akan mengeluarkan aplikasi baru seperti Calendar, Photos, Music, Maps, Music, People dan juga perisian Office. Disamping itu, ia turut mendapat sokongan OneDrive. Menjadikan penggunaan lebih menarik dan mudah untuk perkongsian dan penyimpanan data.



PROJEK SPARTAN

Microsoft juga memperkenalkan pelayar web (browser) baru yang bakal menggantikan Internet Explorer. Pelayar yang masih dalam pembikinan ini diberi kod nama Project Spartan. Ianya nampak lebih ringkas dan kemas. Antara fungsi yang dipertontonkan adalah kebolehan untuk menulis dan membuat nota pada halaman web. Terdapat juga integrasi Cortana untuk memudahkan pencarian. Disamping sokongan Reading Mode yang memudahkan pembacaan artikel web tanpa gangguan dan ia boleh disimpan secara offline.



XBOX

Microsoft turut memasukkan aplikasi Xbox pada Windows 10 yang mana pengguna boleh berkongsi klip direkodkan, chatting, melihat pencapaian, aktiviti terkini rakan dan lain-lain. Setiap game pada Windows PC dan Xbox dapat berinteraksi pada aplikasi tersebut. Selain itu, pengguna Xbox One juga boleh stream game untuk dimainkan pada PC atau tablet Windows.


DirectX 12

Windows 10 turut disertakan dengan DirectX 12. Ianya dikatakan 50% lebih laju untuk gaming performance dan visual grafik yang lebih bagus.


PERCUMA

Microsoft akan menawarkan kemaskini percuma Windows 10 untuk pengguna Windows 7, Windows 8 dan juga Windows Phone 8.1. Namun pengguna hanya dibenarkan untuk upgrade bagi tempoh setahun selepas ianya dilancarkan. 



+ Microsoft turut memperkenalkan platform perkomputeran holografik dinamakan HoloLens.  Melaluinya pengguna dapat berinteraksi dengan imej holografik dalam dunia sebenar.



+ Surface Hub pula merupakan TV 84-inci berskrin sentuh dengan paparan skrin 4K. Dilengkapi kamera, speakers, mics, Bluetooth, NFC dan pen stylus. 



0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More