Sedikit mengenai Lenovo Vibe X2 yang mana ia hadir dengan reka bentuk agak eksklusif berbanding telefon pintar Lenovo sedia ada. Dengan rekaan berlapis senipis 7.3 milimeter yang hadir dengan empat warna pilihan, ia memperlihatkan ciri-ciri premium yang ada padanya.

Untuk spesifikasinya pula, peranti ini menawarkan pemproses Octa-Core 2.0 Ghz, keupayaan grafik Adreno 306 dan 2 GB RAM. Lenovo Vibe X2 turut menawarkan paparan berdefinisi tinggi (HD) penuh 1080p pada paparan sebesar 5.0 inci. Untuk fungsi penggambaran pula, ia menawarkan 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Lenovo Vibe X2 boleh didapati dalam warna putih, perak, emas dan merah yang hadir dengan sambungan internet 4G LTE. Ia boleh didapati dengan pakej memori terbina 32 GB tanpa sokongan memori tambahan. 
– www.mesramobile.com

Ciri-Ciri lain
Bateri: Li-Po 2300 mAh
Warna: Putih, emas, merah, perak gelap
GPS: A-GPS, GLONASS
Sensor: Gyro, proximity, kompas, accelerometer
Aplikasi: Maps, Gmail, YouTube, Google Search, Organizer
Paparan
Teknologi: IPS LCD, warna 16M, 441 ppi pixel density
Resolusi: 1080x1920 pixel
Saiz: 5.0 inci
Skrin sentuh: Multitouch
Umum
Platform: Android 4.4 (KitKat)
Pemproses: Octa-core 2.0 GHz
Cipset: MediatTek MT6595m True8Core
GPU: Adreno 306
Kamera
Kamera: 13 Megapixel
Resolusi: 4128x3096 pixel
Flash: Flash LED
Fokus: Auto-fokus, fokus sentuh
Ciri-ciri: Geo-tagging, pengesan wajah, panorama, HDR, fokus sentuh
Video: 1080p@30fps
Kamera hadapan: 
5 Megapixel