Dengan Fernando Torres berada di tempat penonton sebelum urusan dia menyertai semula Atletico disempurnakan hari ini, Griezmann tertekan untuk meneruskan aksi cemerlangnya selepas menjaringkan hatrik ketika membantu Atletico menutup kempen tahun 2014 de­ngan membelasah Athletic Bilbao 4-1 dua minggu lalu.

Dua gol Griezmann itu dija­ringkan menerusi tandukkan pada minit ke-18 dan ke-47 sebelum Diego Godin meledak gol ketiga buat Atletico.

Gol tunggal Levante dijaringkan oleh Nabil El Zhar pada minit ke-62.
Atletico kini mengumpul 38 mata, bersama-sama pasukan di tempat kedua Barcelona dan hanya berada satu mata di belakang Real Madrid, dengan kedua-dua pasukan itu menentang Sociedad dan Valencia (awal pagi tadi waktu Malaysia).
Jurulatih Atletico, Diego Simeone berpendapat Griezmann mampu menjadikan perlawanan lebih menarik andai bekerjasama dengan Torres.

“Ia bukan sahaja sekadar ja­ringan kerana paling penting kini adalah buat dirinya dan pasukan. Saya juga dapat merasakan dirinya sudah kembali berada di landasan terbaik.
“Dia mampu bermain di posisi yang berlainan, malah turut bermain dengan begitu baik sewaktu beraksi di bahagian sayap,” kata Simeone mengenai prestasi Griezmann.

Sementara itu, Almeria meraih tiga mata selepas menang ke atas Malaga 2-1 manakala Elche dan Villarreal sekadar berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Dalam pada itu, Sevilla yang ber­aksi di laman sendiri berjaya memanfaatkan kelebihan dimiliki untuk menang 1-0 ke atas Celta Vigo manakala Deportivo La Coruna menumpaskan Athletic Bilbao 1-0. – AFP