Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 22, 2015

Apa Yang Patut Anda Makan?

Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. 

Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.

Makanan Sihat.Apa yang Paling Penting?

Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Pakar kesihatan mengesyorkan anda makan pelbagai makanan berkhasiat setiap hari dari setiap kumpulan asas makanan.

Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan

Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.

Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.

Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.

Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.

Baca : Bahaya Kolestrol 'JAHAT'!!!

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More