Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, December 1, 2014

Video : Kontroversi Penjaga Gol Singapura Hilang AFF Suzuki 2014

Kontroversi penjaga gol Singapura hilang ketika Piala AFF Suzuki 2014 menentang Malaysia jadi bahan jenaka. Dalam aksi perlawanan Singapore lawan Malaysia yang telah berlangsung pada 29 November 2014, jaringan gol ke-3 pada minit terakhir oleh Indra Putra telah menjadikan sebuah jaringan gol yang paling luar biasa buat Harimau Malaya. Ini berikutan penjaga gol Singapura sudah tidak berada di tempat sepatutnya (pintu gol) lantas menyumbangkan gol bonus kepada Malaysia pada minit akhir. Difahamkan, penjaga gol Singapura tidak berada di pintu gol kerana menjangkakan perlawanan sudah tamat. Untuk info, Malaysia menewaskan Singapura dengan Gol (3-1) dan layak ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014.

singapore hilang

Video Penjaga Gol Singapura Hilang Piala AFF Suzuki 2014

Penjelasan Sebenar Penjaga Gol Singapura Hilang Piala AFF Suzuki 2014
Penjaga gol singapura Hassan Sunny sebenarnya berada di pintu gol Malaysia untuk turut sama membantu pasukan Singapura mencari gol penyamaan selepas dihadiahkan sepakan percuma (Free Kick) dari luar kotak penalti. Bagaimanapun sepakan percuma yang diambil oleh salah seorang dari pemain Singapura itu gagal ditanduk oleh Hassan Sunny dan bola tersebut berjaya dikeluarkan. Indra Putra memanfaatkan peluang yang dimiliki dengan merembat mudah bola masuk ke gawang gol Singapura selepas Hassan Sunny gagal kembali kepada gawang golnya. Malaysia mengakhiri perlawanan dengan bonus gol ketiga sekaligus berjaya menewaskan  Singapura dengan gol 3-1.

Kontroversi Penjaga Gol Singapore Hilang AFF Suzuki 2014.

singapura

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More