Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, December 3, 2014

Terbaru! YotaPhone 2 Dengan Skrin Sentuh Pada Bahagian Hadapan Dan Belakang

YotaPhone merupakan salah satu jenama peranti dari Russia, dan kini ia dilihat seperti telah diumumkan secara rasmi, setelah diperlihatkan kepada umum secara ringkas pada Mobile World Congress 2014 awal tahun ini. YotaPhone sedia terkenal kerana telefon dwi-skrinnya, dan pada YotaPhone 2, ia hadir dengan skrin entuh pada bahagian hadapan dan juga belakang.

YotaPhone 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada bahagian hadapan dengan resolusi 1920×1080 pixel. Skrin belakang yang sentiasa menyala berasaskan E-Paper pula membawakan saiz 4.7-inci dengan resolusi 960×540 pixel.

YotaPhone2

Dari segi spesifikasi lain, peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan bateri berkapasiti 2500mAh.

Beberapa fungsi baru yang turut hadir adalah sokongan Smart Power Mode yang membolehkan pengguna mematikan skrin utama mereka, dan menggunakan skrin kedua (berwarna kelabu) untuk fungsi seperti menjawab panggilan dan sebagainya.

Seperti versi asal, ia turut dilengkapi dengan sokongan untuk membaca buku, dan melihat beberapa informasi pada skrin belakang, selain boleh menetapkan gambar kegemaran. Yota mengatakan ia menawarkan bateri sehingga 50 jam ketika digunakan dalam mod bacaan pada skrin keduanya.

YotaPhone generasi asal telah dilancarkan beberapa minggu yang lepas di Malaysia, dan YotaPhone generasi kedua ini dijangka akan memasuki pasaran Asia pada suku pertama 2015 kelak.


Sumber Rujukan: YotaPhone

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More