Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, December 16, 2014

Peraturan Baru Lesen Memancing Mulai Tahun 2015

Peraturan baru pemancing wajib ada lesen memancing mulai tahun 2015. Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015. Difahamkan, tujuan utama lesen memancing dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan. 

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali ke empat. Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Kesalahan Denda Tanpa Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
kesalahan dan penalti

Objektif Utama Peraturan Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
Perlesenan sukan memancing adalah salah satu usaha untuk membangunkan sumber perikanan dan menaik taraf sukan rekreasi memancing di lautan. Selain mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang, perlesenan memancing ini juga dapat memastikan populasi sesetengah spesis ikan dapat dikawal.

Harga Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.

Pekeliling Cadangan Lesen Memancing Oleh Jabatan Perikanan Malaysia
Difahamkan, peraturan lesen memancing oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara. Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri.

pekeliling

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More