Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, December 31, 2014

Dahsyat! Punca Hutang 1MDB Malaysia Meningkat Mendadak!

hutang 1mdbPunca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7++ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan? : Ringgit Malaysia semakin lemah di pasaran sekarang memberikan beban besar kepada 1MDB. Masakan tidak sebahagian besar hutang 1MDB adalah terdiri daripada matawang dolar Amerika.
Sekarang ini, 1MDB dibebankan hutang sejumlah RM42 bilion yang mana pecahannya anda boleh semak seperti di bawah ini berdasarkan laporan kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 lalu :

Daripada hutang berjumlah RM42 bilion, Pecahan hutang dalam matawang dolar Amerika bernilai RM22.25 bilion bersamaan US$7.4 bilion telah meningkat sebanyak RM3.96 bilion menjadi lebih RM25.7 bilion gara-gara kejatuhan mendadak ringgit Malaysia pada ketika ini sejak 9 bulan yang lalu pada kadar 6.5%.
1mdb
Ini bermakna 1MDB berada dalam risiko yang cukup besar apabila kejatuhan nilai ringgit yang bakal menghampiri RM3.50 bersamaan US$1 menjelang akhir tahun 2015 ini sepertimana yang dijangkakan oleh kalangan pakar-pakar ekonomi telah memberikan tekanan kepada beban hutang 1MDB. Dek kerana, kejatuhan ringgit Malaysia tidak semena-mena 1MDB telah menambah nilai hutang mereka sejumlah RM3.96 bilion sekaligus menambah tekanan 1MDB untuk menjelaskan hutang tersebut kelak.

Kenaikan Hutang 1MDB Dalam Dolar Amerika Naik?

  • Malah pada ketika tukaran dolar Amerika kepada ringgit Malaysia pada kadar RM3.00 dan RM3.20 pun telah menyebabkan hutang 1MDB telah bertambah RM2.4 bilion
  • Angka hutang terus bertambah secara tiba-tiba dek kerana kejatuhan ringgit menjadi RM3.96 ketika nilai matawang Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika pada paras RM3.40 untuk setiap dolar Amerika selepas terbeban dengan kerugian berjumlah RM663 juta melalui laporan kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014.
Pinjaman 1MDB dengan Maybank Investmant Bank pada tahun 2012 juga telah beberapa kali distruktur semula dek kerana berhadapan masalah untuk menjelaskan hutang tersebut.
P/S : Masalah kepada 1MDB adalah beban kepada rakyat Malaysia kelak.

AWAS : Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion - Jatuh Kepada US$120.7 Bilion

rizab antarabangsaRinggit Malaysia Hari Ini 1USd1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion. Malaysia terus “menerima pukulan teruk” secara berterusan selepas ringgit Malaysia terus didagangkan cukup lemah pada ketika ini, malah yang paling teruk di Asia Tenggara kesannya pada kedudukan sekarang meletakkan Ringgit Malaysia berada yang paling lemah sejak September 2009.

Dan dalam keadaan ini telah menyebabkan akan timbul 2 kebimbangan kepada negara sekarang ini. Yang pertamanya….
  • Yang pertamanya adalah akaun semasa terjejas
  • Yang keduanya defisit fiskal
Dan semakan Berita Semasa kepada data rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Bank Negara Malaysia (menunjukkan di sini kantung Rizab Antarabangsa Negara Malaysia telah jatuh mendadak daripada US$125.7 bilion dan US$120.7 bilion bagi suku ketiga tahun 2014 ini) Bagaimana pula pada Disember 2014? Sama-sama kita nantikan….

Rizab Antarabangsa Negara Malaysia oleh BNM “Hilang” Rm47.6 Bilion?

Pemerhatian Berita Semasa terhadap tahap rizab Bank Negara terus jatuh sejak dari Januari 2014 :
  • 31 September 2013 : US$136.5 bilion bersamaan RM444.6 pada masa itu
  • 31 Disember 2013 2014 :US$121.9 bilion bernilai RM441.7 bilion
  • 15 Ogos 2014 : US$120.2 bilion berjumlah RM422.7 bilion
  • 31 September 2014 (suku Ketiga 2014) : US$120.7 bilion hanya bernilai RM394.1 bilion
  • Suku keempat tahun 2014 dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk di mana untuk bulan Disember 2014 ini sahaja ringgit Malaysia telah jatuh sebanyak 3.3 peratus?
Beberapa penganalisis ekonomi telah memberikan pendapat mengenai keadaan Ringgit Malaysia pada ketika ini :
  • Penganalisis Standard & Poor, Ritesh Maheshwari : Kejatuhan harga minyak dunia, Malaysia paling terjejas teruk di rantau ini
  • Pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan : Ringgit Malaysia berada dalam keadaan yang berisiko untuk tempoh yang panjang. Rizab Bank Negara Malaysia pun tidak akan banyak membantu
P/S : Sama-sama kita mengharapkan ada sinar yang lebih baik untuk tahun 2015 kelak. Insyaallah. Rakyat bersedia untuk berubah gaya hidup pada tahun 2015. Diharap pemimpin di atas turut mengikut jejak langkah yang sama.
PP/S : Biar sama-sama kita berkorban demi negara, bagi mengelakkan lebih ramai yang akan “terkorban” kelak menjelang bahang kos sara hidup 2015 kelak.

Gambar Berita Terkini Banjir 2014 di Kelantan, Terengganu, Pahang.

berita banjirBerita Terkini Banjir 2014 di Kelantan, Terengganu, Pahang? Insiden Bantuan Banjir Tidak Patut Berlaku? Sekarang hari ini dunia tanpa sempadan. Semua orang mampu menerima berita, “mencipta berita” dengan pantas dan menyebarkan berita terkini seberapa segera kepada kenalan terdekat walaupun tanpa diperiksa dahulu kesahihannya.
Disebalik perkembangan dan berita terkini banjir 2014 di kelantan, terengganu, Pahang dan beberapa negeri lain di Malaysia hari ini, pastinya ramai yang sudah menerima…berita terkini “palsu” berkenaan tentang gambar terbaru yang dikatakan bayi yang dijumpai kononnya telribat dengan tragedi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang & negeri-negeri di malaysia yang terlibat. Hakikatnya?

Begitu juga gambar bantuan mangsa banjir yang mana bantuan yang diberikan katanya dicop terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada mangsa banjir. Faktanya?
berita terkini banjir
Tetapi gelombang dan tragedi banjir terus menimpa rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Pantai Timur, Berita Semasa terpanggil untuk memberikan pendapat disebalik bagaimana kita menguruskan masalah banjir di malaysia.
Sebenarnya Berita Semasa agak kecewa dengan beberapa kenyataan kalangan menteri kabinet Malaysia yang bercakap ikut “sedap mulut” dan tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan pendapatan kenyataan yang dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Dan beberapa tindakan yang Berita Semasa perhatikan berserta aduan yang Berita Semasa terima setiap hari mengenai situasi dan perkembangan serta berita terkini banjir 2014 di Kelantan, terengganu, Pahang dan negeri-negeri lain agak mengecewakan. Antaranya :

Berita Terkini Banjir 2014 di Kelantan, Terengganu, Pahang? Mohon Penambaikan Segera!

  1. What? Menyediakan power bank bercaj? Erm….Adalah lebih baik diagihkan telefon buatan India contohnya yang boleh mengesan jejak mangsa banjir selama tempoh 30 hari lamanya. Ada cadangan lain?
  2. Banjir berlaku setiap tahun, tetapi masih lagi kedengaran cakap-cakap orang atas yang begitu mudah mengatakan “banjir 2014 kali ini di luar jangkauan. Itu sebablah perancangan dan SOP bantuan banjir semua yang dibuat sebelum ini tidak boleh digunakan“. Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya. Dikala rakyat mengharap bantuan seberapa segera dan mengharapkan orang dilihat menjadi tempat bergantung memberikan kenyataan “lepas tangan” sebegitu, agak mengecewakan sebenarnya
  3. Mana perginya kenderaan ampfibia? Mnegapa perlu tunggu gelombang seterusnya baru mahu menggunakannya? Apakah rakyat marhaen tidak layak dikala mereka terpinga-pinga menghadapi kejadian banjir kali ini? Di mana hovercraft? Akhirnya orang kampung terpaksa meredah banjir yang cukup deras dan begitu dalam sehingga terbalik lori yang digunakan?
  4. Terperanjat apabila Berita Semasa mendengar apabila genset di hospital tidak mampu bertahan lama. Hanya mampu bertahan 5 jam sahaja?
  5. Kenapa semasa keadaan yang begitu mendesak ketika tragedi banjir 2014 kali ini tidak meningkatkan kecekapan penghantaran bekalan? Kepada kerajaan Malaysia usahlah terlalu terikut dengan protokal birokrasi anda yang melampau dikala keadaan meruncing pada ketika ini. Apabila angin kuat, air deras, bahaya tidak jadi melakukan penghantaran? Mengapa tidak agihkan kepada kontraktor Cina, Melayu India yang benar-benar ada kompetensi? Pandaila mereka nanti mencari jalan untuk sebarang halangan kepada mereka ketika bagi menyelesaikan misi yang telah diamanahkan kepada mereka. Inilah yang dikatakan sebagai “The beauty of private sector; its result oriented“. Tidaklah kita akan mendengar “kes terbang ke sana ke mari tanpa hala tuju tanpa perancangan rapi yang akhirnya bantuan tidak berjaya diberikan.
  6. Terperanjat Berita Semasa apabila arahan dikeluarkan di mana UMK perlu ditutup buat sementara waktu. Budak-budak diarah pulang. Pulang ke mana? Bagaimana budak-budak ini mahu balik dalam keadaan sekarang ini?
  7. Dikala hujan dan banjir lebat di Kelantan pun masih lagi mahu mengadakan sidang DUN bagi perbahasan agenda Hudud di Kelantan? Rakyat anda sedang tinggal sehelai sepinggang tidak makan, hidup dalam kesejukan, tiada tempat yang sesuai untuk berteduh, tetapi masih lagi bercakap soal hudud? Ermm…..
  8. Dan yang paling Berita Semasa terperanjat adalah tidak mahu isytihar darurat sebab takut tidak boleh “claim insurans”? Erm….
  9. Kenapa mesti mahu cop _______, cop________ ketika mengagihkan bantaun kepada mangsa banjir? Mengapa? Bukankah ia akan meningkat masa tergendala dan kos?
  10. Mengapa mesti bertelegah “di depan pintu pusat bantuan banjir” dek kerana perbezaan politik?
Berita Semasa berharap sangat kenyataan dan tindakan yang menjelekkan yang tidak kena pada situasi meruncing melibatkan banjir 2014 yang berlaku sekarang ini tidak diteruskan dan tidak berulang pada masa akna datang. Kemungkinan akan ada 2 lagi gelombang susulan mengenai banjir 2014 yang akan melanda Malaysia selepas ini.

Berita Terkini Banjir 2014 di Kelantan, Pahang, Terengganu, perak, Johor, Selangor?

  • Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Selangor berjumlah 225,731 orang
  • Jumlah mangsa banjir di Kelantan 151,072 orang berbanding 134,139 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Pahang 33,225 orang berbanding 31,095 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Perak 7,813 orang berbanding 7,539 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu 33,292 orang berbanding 36,210 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Johor 328 orang berbanding 332 semalam
berita banjir 2014
Berita Semasa merasakan dalah lebih baik jikalau ikhtiar dan usaha yang diperlukan ditumpukan sepenuhnya untuk meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir pada ketika ini. Dan Berita Semasa ucapkan ribuan terima kasih kepada NGO, sukarelawan dan sesiapa sahaja yang ringgan tangan menghulur bantuan dan tangan sehingga sanggup berkorban masa, tenaga dan berhadapan risiko kecedaraan dalam apa cara sekalipun membantu ahli keluarga Malaysia yang sedang ditimpa bencana alam banjir 2014 pada ketika ini.
Banjir ini tiap-tiap tahun berlaku. Bukan 100 tahun sekali. Tetapi setiap tahun juga bersepah-sepah berhimpit di dalam dewan.
P/S : Kepada kerajaan Malaysia sila perbaiki tahap bantuan menggunakan khidmat helikopter, bot yang cukup terhad, komunikasi dan sebagainya.
PP/S : Mengalirkan air mata Berita Semasa melihatkan di kaca TV ramai yang tidak dalam menjamah makanan selama beberapa hari ini

Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Penjawat Awam. Bayaran Bonus Kakitangan Kerajaan 15 Januari 2015!

pembayaran bonus 2015Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Penjawat Awam. Bayaran Bonus + Gaji Januari 2015 Kakitangan Kerajaan? Sebelum ini Cuepacs Malaysia telah membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia supaya pembayaran bonus 2015 bagi kakitangan awam sepertimana yang telah diumumkan dalam pembetangan Bajet 2015 sebelum ini supaya kerajaan Malaysia bayar pada bulan Disember 2014 walaubagaimanapun ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Malaysia.
Ini kerana kerajaan Malaysia akan melakukan pembayaran bonus 2015 bagi kakitangan awam bersama-sama dengan tarikh pembayaran gaji 2015 bagi bulan Januari untuk kakitangan kerajaan iaitu pada 22 Januari 2015
Berita terkini tarikh pembayaran bonus 2015 penjawat awam yang Berita Semasa dikatakan tarikh bayaran bonus telah diawalkan kepada 15 Januari 2015.

Tarikh Pembayaran Bonus 2015 bagi Kakitangan Awam

  • Tarikh : 15 Januari 2015 
  • Bayaran kakitangan kerajaan : bonus setengah bulan gaji atau minimum Rm500 untuk 1.5 juta kakitangan awam
  • Bayaran pesara kerajaan : RM250
Nantikan pengumuman rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM), selagi tiada kenyataan dan pekeliling rasmi Jabatan Akauntan negara Malaysia (ANM) tarikh bayaran bonus 2015 kakitangan awam akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya.
UPDATE pada pukul 12:30 pagi 30 Disember 2014 : Berita terkini yang Berita Semasa baru sahaja terima apabila semua pejabat akauntan telah menerima arahan supaya membuat pembayaran bonus 2015 kepada penjawat awam lebih awal pada 15 Januari 2015 ini bersamaan hari Jumaat berbanding 22 Januari 2015 seperti yang diumumkan sebelumnya.
Tahniah diucapkan kepada 1.5 juta kakitangan awam di malaysia. Semoga dengan bayaran bonus 2015 lebih awal, sedikit sebanyak akan membantu anda untuk anak-anak memulakan persekolahan dan tidak lupa kepada mangsa banjir yang terlibat.

Gambar Berita Terkini QZ8501 Kapal Terbang AirAsia Jatuh Terhempas! Sepihan, Objek & Mayat Dikeluarkan!

berita QZ8501AirAsia QZ8501 ; Berita Terkini QZ8501 Kapal Terbang AirAsia Jatuh Terhempas! Sepihan, Objek & Mayat Dikeluarkan! Takziah! Nampaknya usaha yang bertungkus lumus daripada pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) untuk tragedi kehilangan kapal terbang AirAsia QZ 8501 membuah hasil.
Berita terkini yang… Berita Semasa terima apabila misteri kehilangan kapal terbang QZ 8501 milik Airsia yang hilang telah telah terungkai berikutan penemuan beberapa serpihan yang ada kaitan dengan tragedi pesawat AirAsia hilang tempoh hari yang mana telah disahkan sendiri oleh Ketua Penyelaras SAR Indonesia, F. Henry Bambang Sulistyo dan juga semakan di laporan berita Indonesia, Kompas (kompas.com)
Pasukan mencari kehilangan kapal terbang AirAsia QZ 8501 telah terjumpa :
BERITA BERKAITAN : Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang? Kapal Terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung Timur?
Lokasi objek milik pesawat QZ 8501 dilihat terapung di sekitar Selat Karimata, Indonesia pada ketika pasukan mencari SAR berada di kawasan perairan di sekitar Ketapang, Kalimantan Barat.
berita terkini QZ8501

Berita Terkini QZ8501 Kapal Terbang AirAsia : Senarai Objek & Sepihan Yang Dijumpai?

Antara serpihan dan objek yang dijumpai ialah :
  1. bagasi penumpang kapal terbang QZ8501
  2. jasad manusia yang sudah membengkak (6 mayat setakat awal pagi hari ini)
  3. pelampung pesawat QZ8501
  4. jaket keselamatan
  5. serpihan pesawat AirAsia QZ 8501 termasuklah luncur kecemasan, pintu pesawat
berita airasia QZ8501
Berita Semasa difahamkan lokasi terjumpanya serpihan dan objek daripada pesawat AirAsia QZ 8501 adalah sejauh 10 kilometer daripada lokasi QZ8501 dikesan hilang daripada radar.
P/S : Salam takziah kepada keluarga mangsa di atas tragedi kehilangan kapal terbang QZ 8501 yang berakhir dengan berita jatuh terhempas sekitar perairan Indonesia.
PP/S : Koleksi gambar sepanjang misi sehingga terjumpanya mayat dan objek disertakan di bawah ini.

Rahsia Mencari Keberkatan Masa

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.
Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.
Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.
Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.
Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.
Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.
Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.
Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.
Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.
Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.
Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.
Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.
Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).
Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)
“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).
Kata Nabi Isa: (maksudnya)
“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).
Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).
Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.
Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Harga Baru RON95 (RM1.93) RON97 (RM2.13) 1 Januari 2015

berita ron95Berita Terkini RON 95 RON97 Harga Minyak Petrol Turun; Harga Baru RON95 (RM1.93) RON97 (RM2.13) 1 Januari 2015 : Setelah rakyat “dihadiahkan” untuk “menikmati” harga minyak RON95 turun sebanyak 4 sen selama sebulan sejak 1 Disember 2014 dan selepas hampir sebulan berlalu, kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga RON95 minyak petrol sebanyak 30 sen bermula 1 Januari 2015 ini.
Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima yang mana kerajaan Malaysia berbesar hati mengumukan harga baru RON95, RON97 dan minyak diesel bagi awal tahun baru 2015 seperti di bawah ini :

Berita Terkini RON95 RON97 2015 : Senarai Harga Minyak Petrol Turun?

  • harga petrol RON95 2015 : RM1.93 seliter
  • harga baru petrol RON97 2015 : RM2.13 seliter
  • harga baru minyak diesel RM2.20 2015 : RM1.96 seliter
Sehingga 31 Disember 2014, harga minyak yang dijual adalah seperti di bawah ini :
  • harga minyak RON95 31 Disember 2014 : RM2.26 seliter
  • harga minyak RON97 31 Dismeber 2014 : RM2.46 seliter
  • harga minyak diesel 31 Disember 2014 : RM2.23 seliter
minyak ron95
Pada ketika ini, harga minyak dunia berlegar pada kadar US$57 setong. Dengan penurunan harga minyak RON95 turun ini, Ahmad Maslan mahukan peniaga-peniaga menurunkan harga barang.
P/S : Dengan trend harga minyak dunia turun ini dan juga harga ron95 2015 turun di bawah paras RM2.00 seliter selepas sekian lama, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban rakyat Malaysia berbelanja. Apa kata anda pula?

Hidayah Iman Tidak Dipaksa

Kita mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.
Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.
Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.
Islam sebagai agama yang diturun oleh tuhan yang mencipta manusia, Allah Maha Mengetahui tentang hakikat hambaNya. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman tidak dikira atau dinilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam dengan cara paksaan tidak diiktiraf. Demikian seseorang yang mengakui kufur kepada Islam dengan paksaan juga tidak hukum bersalah.
Firman Allah (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.
Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “(Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Ibubapa pun tidak boleh memaksa agama atau keyakinan anak sendiri, inikan pula orang lain.

- Gambar Hiasan
Begitulah juga, jika seseorang dipaksa mengkufuri Islam atau tidak percaya dengan Islam, sedangkan jantung hatinya tetap dengan keimanan dan keyakinan, maka sekalipun dia tunduk dengan paksaan tersebut, imannya tetap sah dan diiktiraf di sisi Allah. Manusia hanya boleh memaksa lidah dan anggota yang lain, tapi tiada siapa mampu memaksa iman.
Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
Jelas, iman tidak boleh dipaksa. Ia masuk ke dalam dada insan dengan rela dan keyakinan. Demikian kekufuran juga tidak boleh dipaksa. Ia bersarang dalam dada insan dengan pilihannya. Cumanya ada sebab-sebab yang membawa kepada iman atau tidak berimannya seseorang. Hujah dan alasan yang diterima oleh akal dan ruh insani menyebabkan insan mempercayai sesuatu atau mengingkari sesuatu.
Maka Islam sebelum menghukum iman atau kufur atas seseorang mewajibkan Iqamah al-Hujjah (penegakan hujah). Setelah ditegakkan hujah dan alasan yang kukuh, jika dia terus membantah dan tidak menerima sedangkan dia tahu dari segi hujah dan alasan Islam ini benar, maka ketika itu dia dianggap sebagai kufur.
Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang beroleh petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk itu hanya kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul”(Surah al-Isra, ayat 15).
Ayat ini adalah kaedah teras yang mesti difahami oleh setiap muslim. Allah Yang Maha Suci tidak akan menanggung dosa seseorang ke atas orang lain dan tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutusnya rasul yang menegakkan hujah. Apabila datang rasul, atau wakil rasul, atau apa sahaja saluran yang menyampaikan hujah dan bukti rasul terhadap kebenaran petunjuk Allah kepada seseorang sehingga dirinya akur bahawa ini merupakan ajaran Allah, maka jika dia menolak, dia layak untuk dihukum di Hari Pembalasan kelak.
Sebaliknya, jika hujah yang kukuh mengenai Islam atau ajaran rasul itu tidak sampai kepadanya, maka dia tidak akan diazab oleh Allah sekalipun kita memanggilnya ‘kafir’ atau seumpamanya. Bahkan kita pula yang mungkin diazab oleh Allah jika kita tidak menerangkan ajaran Islam yang telah sampai kepada kita, atau kita tunjukkan contoh buruk sehingga dia salahfaham terhadap Islam.

- Gambar Hiasan
Jika kita memahami hakikat ini, tentu kita akan mendahulukan dakwah daripada kekerasan. Persoalan yang patut kita semua tanya, apakah mereka yang kita anggap sebagai kaum kafir itu telah sampai kepada mereka hujah yang benar lagi teguh tentang Islam ini? Atau, mungkin kebanyakan mereka itu jahil? Atau mungkin sebahagian mereka telah disalahfahamkan hakikat Islam yang sebenar oleh musuh-musuh Islam, atau mungkin juga oleh tindakan sebahagian orang Islam sendiri.
Dalam kalangan manusia, golongan yang paling jauh dari Islam adalah puak atheist yang tidak percaya kepada Tuhan sama sekali. Manusia beragama, walau apapun agamanya, sekurang-kurangnya mereka maju setapak dengan percaya tentang kewujudan dan kekuasaan Tuhan. Justeru menghormati nilai tersebut maka Islam tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat mereka tanpa alasan yang benar. Bahkan melindunginya, jika itu merupakan hak mereka.
Ini seperti firman Allah: (maksudnya)
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Hajj, ayat 40).
Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak dan nilai beragama, kerananya Islam melindungi mereka.
Dalam kalangan agama-agama yang ada, agama yang mempunyai unsur-unsur langit seperti Yahudi dan Kristianlah yang lebih dekat dengan Islam. Ini kerana kesan ajaran nabi-nabi terdahulu yang masih terdapat dalam agama tersebut menjadikan banyak persamaan antara mereka dengan Islam.
Justeru, Islam walaupun mengecam Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) atas pengubahan kitab, kesyirikan mereka dan salahguna agama tetapi Islam tetap mengizinkan memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan wanita mereka yang bukan lacur. Tujuannya untuk membawa mereka kepada ajaran Islam yang sepatutnya mereka ikuti. Islam tahu kesan agama langit dalam jiwa mereka memudahkan mereka menerima Islam jika mereka tidak takabur.
Firman Allah: (maksudnya)
“Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan Demi Sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong”.(Surah al-Maidah, ayat 82).
Iman tidak boleh dipaksa. Cuma sebab-sebab manusia menerima Islam disebabkan alasan yang dapat diterima oleh akal dan ruh insan. Mempercayai Tuhan adalah selangkah ke arah Islam. Mengetahui dan mengiktiraf ajaran Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu adalah selangkah yang mendekatkan lagi manusia kepada Islam. Apa yang tinggal peranan kita menjelaskan Islam yang sebenar. Janganlah pula kita yang merosakkan gambaran Islam yang mulia dan suci ini.

Nikmat Kemanisan Dalam Ujian

Nabi Musa a.s lari meninggalkan Mesir setelah beliau terlibat dengan kejadian memukul sehingga mati seorang Qibti (Coptic) dalam usaha menghalang kezaliman perkauman terhadap Bani Israil. Tindakannya itu telah melebihi jangkaan dan itu adalah satu kesilapan. Beliau terpaksa lari menuju ke Madyan dalam keadaan yang susah.
Madyan yang dimaksudkan itu barangkali di Jordan dan saya pernah sampai berkali-kali di sana. Perjalanan dari Mesir ke sana begitu jauh bagi memastikan tentera Firaun tidak sampai ke negeri tersebut untuk menangkapnya.
Apabila sampai di Madyan, Musa a.s. mendapati sekumpulan pengembala yang sedang menceduk air, sementara di sana ada dua gadis yang hanya menunggu. Jiwa Musa a.s yang amat pantang melihat kejanggalan atau unsur ketidakadilan itu menyebabkan dia yang dalam keletihan yang teramat bertanya hal kepada kedua gadis tersebut.
Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).
Nabi Musa a.s. tidak mampu melihat unsur penindasan dan sikap tidak membantu yang lemah. Simpatinya terhadap dua gadis tersebut melebihi keletihan yang dihadapinya ketika itu. Dia tampil dengan segala keringat yang berbaki menolong gadis-gadis tersebut mendapatkan air. Dia menolong tanpa sebarang habuan yang diharapkan.

- Gambar Hiasan
Setelah menolong mereka, dan mereka pun pulang, Nabi Musa a.s. dalam keadaan yang teramat letih itu, pergi ke tempat yang teduh dan berdoa dengan doa yang ringkas tetapi amat dalam maksudnya. Saya tidak pasti sama ada mereka yang tidak memahami bahasa arab dapat menikmati keindahan ungkapan yang ringkas itu atau pun tidak? Namun saya akan cuba menterjemahnya dalam strukturnya.
Saya ingin membawa doa Musa a.s. untuk dikongsi bersama para pembaca yang barangkali ada yang tidak perasaan kewujudannya ketika membaca al-Quran. Juga mereka yang memang sudah tahu tetapi terlupa disebabkan kesibukan yang melanda kita dalam kehidupan sedangkan kita menghadapi suasana tenat yang amat memerlukan rahmat atau ‘kesian’ Tuhan kepada kita.
Saya ingin menyebutnya di sini kerana doa ini amat menyentuh perasaan saya. Saya percaya anda juga demikian. Entah berapa banyak keadaan getir dan runsing melanda hidup ini, doa ini salah satu ‘penyejuk perasaan’ dan pemberi harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.
Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka saya yakin ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)
“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 25).
Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.
Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.
Ayat-ayat seterusnya dalam Surah al-Qasas ini menceritakan bagaimana kedua orang gadis tadi kembali semula menjemput Musa a.s. ke rumah mereka atas jemputan ayah mereka. Ayah mereka yang merupakan seorang yang mulia amat berterima kasih atas pertolongan Musa a.s. Al-Quran tidak menceritakan siapakah ayah mereka. Apakah dia Nabi Syu’aib atau orang lain tidaklah dapat dipastikan. Kemungkinan besar bukan Nabi Syu’aib seperti yang disangka oleh sebahagian penafsir.
Apa pun, Nabi Musa a.s. diberikan tempat perlindungan, makanan, kerja, bahkan dikahwinkan dengan salah seorang dari gadis tersebut. Demikian Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.
Jauh Musa a.s berjalan membawa perasaan bimbang dan bebanan ancaman oleh pihak musuh. Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.
Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.
Kita sendiri dalam hidup barangkali tidak akan menghafaz banyak doa al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah kejadian-kejadian dalam hidup yang mendesak untuk kita ‘bertadarru’ atau merendah, akur dan tunduk dengan sepenuh jiwa kepada kebesaran kerajaan Allah Yang Maha Menguasai segala urusan hidup ini.

- Gambar Hiasan
Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.
Firman Allah: (maksudnya)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).
Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.
Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More