Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, November 20, 2014

Terkini! Download Google Chrome 40 Beta Hadir Dengan Bookmark Manager Serba Baru!

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang popular di seluruh dunia, dan merupakan antara yang terawal menggunakan konsep kemaskini versi setiap enam minggu. Kini, Google telah pun melancarkan Chrome 39 ke saluran stabil, dan Chrome 40 telah pun diterbitkan ke saluran Beta.
Google Stars
Dengan kemaskini setiap enam minggu, selain membawa kepada angka versi baru, Google turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama dengannya. Untuk Chrome 40, pihak Google dilihat akan menyertakan Bookmark Manager yang serba baru padanya.
Bookmark Manager baru ini telah pun sedia ditawarkan dalam bentuk pemalam untuk Chrome, tetapi ia dilihat Google akan mengintegrasikannya dan menggantikan Bookmark sedia ada pada Chrome 40.
Menggunakan Bookmark Manager baru ini, ia memperlihatkan pautan yang disimpan pengguna dengan lebih kemas dan teratur, disamping memudahkan pengguna menyusunnya pada kategori atau folder masing-masing. Fungsi sosial turut hadir, membolehkan pengguna berkongsi sejumlah pautan yang disimpan mereka terus kepada rakan-rakan dengan mudah – sesuai sekiranya anda membuat projek atau kajian bersama rakan-rakan.
Kemaskini Chrome 40 Beta ini boleh dimuat-turun bermula hari ini, dan ia turut menyertakan beberapa pengoptimasian lain bersama-sama dengannya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More