Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, November 20, 2014

Terbaru Dari Google : Perisian Membuat Prototaip Aplikasi, “Form” Kini Percuma

RelativeWave merupakan pembangun disebalik perisian Form. Melalui perisian tersebut, para pembangun boleh membuat prototaip untuk aplikasi mudah-alih dengan mudah dan pantas. Hari ini, Google mengumumkan pengambil-alihan RelativeWave, sekaligus membawa perubahan kepada Form.
Salah satu perubahan drastik adalah dimana ia kini ditawarkan secara percuma. Form sebelum ini dijual pada harga $79, dan hanya ditawarkan melalui Mac App Store sahaja.
Dengan penyertaan pasukan pembangunnya di Google, mereka akan terus membangunkan Form dan akan lebih memfokuskan kepada penambah-baikkan dari segi rekabentuk dan juga memudahkan pembangunan.
Form
Form merupakan salah satu perisian yang diminati pembangun kerana menawarkan paparan masa-nyata ketika membuat prototaip aplikasi mudah-alih, disamping turut menawarkan beberapapreset dalam memudahkan tugasan tersebut.
Melalui pengumuman rasmi pengambil-alihan oleh Google, RelativeWave turut mengatakan yang mana para pengguna sedia ada yang telah membelinya boleh memohon untuk mendapatkan duit mereka kembali, selain mana mereka mungkin akan menyokong Form untuk platform selain iOS.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More